Followers

Thursday, December 29, 2011

Tahniah buat Nurul

Tahniah buat Nurul by anna_fauziana
Tahniah buat Nurul, a photo by anna_fauziana on Flickr.

Salam...
Tak terlewat lagi untuk aku ucapkan tahniah kepada kawan baik aku Nurul kerana selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel tanggal 24 Disember 2011 lalu..

Tadi aku kerja half day kerana dah berjanji dengan seorang lagi kawan baik aku iaitu Ain untuk melawat Nurul..Alhamdullillah Nurul dan bayi nya sihat..Bayi comel ni telah di beri nama Muhammad Abid Ukail..sedap nama yang diberikan.Sepanjang Ibu dia bergosip-gosip dengan Auntie Ana dan Auntie Ain tadi dia tidur je ye..hehehe..tapi sesekali tersentak juga dia bila Auntie Ana ketawa..hihihi..Tak lama lagi giliran Ain pula menimang cahaya mata..giliran aku bila pula ye?tu kena tunggu la sebab aku tak habis lagi menimang motor aku.haha..

Buat Muhammad Abid Ukail semoga menjadi anak yang soleh.patuh kepada kedua-dua ibu dan bapa.. :)

Episod Akhir Drama Tentang Dhia

Salam semua..
Tiba-tiba keluar entri pasal drama Tentang Dhia,bukan apa bila tengok dekat facebook kawan-kawan semua sibuk buat status pasal drama ni..selama cerita ni di tayang kan aku tak pernah follow pun ceritanya..tahu-tahu je dah episod akhir hari ni,tu pun sebab 2 orang kawan aku datang ke rumah aku bila dah dekat pukul 7 semua bergegas balik sebab nak tengok episod akhir drama ni..aku satu episod pun tak pernah tengok cerita ni..ramai yang cakap ending cerita ni sedih sampai menangis tengok...huhuhu..apa-apa pun Nora Danish memang comel ;)

Bercuti di Port Dickson

Salam semua..
Lama tak update blog sebenarnya bukan tak ada idea nak update
tapi masa tak mengizinkan..ni ada masa terluang sikit jom kita berceloteh.
Seperti mana yang aku beritahu hari tu aku telah pergi bercuti destininasi pilihan
adalah Port Dickson,Negeri Sembilan bersama seorang kawan aku dan ahli keluarga nya.
Pada hari sabtu 17/12/2011 aku pun terus berangkat ke Putrajaya dengan menaiki bas
sementara kawan aku menunggu di sana..aku sampai sana pukul 12.30 pagi kerana
tiket bas dari Johor pukul 8.45 malam..sampai je terus tidur sebab kepenatan lagipun esok nya
kami akan bertolak ke Port Dickson.

Pada hari ahad pukul 9 pagi je kami terus berangkat ke Port Dickson, sampai di sana lebih kurang
pukul 10 lebih,masa tu belum boleh check in lagi kerana waktu check in pada pukul 2 petang sementara
menunggu pukul 2 petang kami terus mandi-mandi dulu..
Oh ye sebelum terlupa kami memilih Tiara Beach Resort untuk bermalam di sana..tempat boleh dikatakan menarik kerana ada Taman Tema Air so kami tak perlu mandi-mandi di Pantai..hehehehe.
Selesai mandi je kami terus check in,kerana kepenatan aku pun terus tidur sampai lah petang
bangun je terus makan dan turun ke bawah bersiar-siar menaiki basikal yang di sewa dengan harga RM12.00 untuk 30 minit..waktu pun hampir senja maka naik lah ke bilik semula dan bercadang untuk turun ke bawah semula untuk karaoke..salah satu aktiviti yang aku suka..yeahhhhaaaaa
Tiba masa nya untuk karaoke aku pun turun,mula-mula Dj bertugas beritahu karaoke suka-suka aku pun
mengambil keputusan untuk menyumbangkan suara..hahaha..aku memilih lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang untuk di nyanyikan,dan aku mendapat giliran ke 2 untuk bernyanyi,bila tiba giliran aku dengan muka
tak malu aku pun terus lah menyanyi dengan  penuh perasaan..sebab dalam hati tu betul-betul menghayati lagu tu sambil rasa lagu yang aku dendang tu memang khas untuk Mr.F aku....hihihihihi...Ok selesai je karaoke aku mengambil keputusan untuk balik ke bilik kerana badan masih lagi letih...bila dah sampai bilik je mata dah layu sambil terdengar nama pemenang tempat ke 3 karaoke iaitu Anna,,siapa lagi Anna aku lah...hahahaha..tapi aku tak larat nak bangun dah pergi ambil hadiah,lagipun Dj tu cakap karaoke suka-suka aku pun tak sangka lah ada hadiah..tak sangka pula dengan lagu Kasih aku boleh mendapat tempat ke 3..hahaha..macam tak percaya je kan...

Esok nya pukul 12 tengahari kami pun check out dah terus ke Nilai 3 saja berjalan-jalan cuci mata..
Sempat juga beli kan Ilham permainan,walau ke mana je aku berjalan tak pernah lupakan si kecik lu punya ole-ole..hehehehe.Lepas ke Nilai aku terus ke rumah Mak angkat aku di Putrajaya selama 2 hari hingga hari rabu 21/12.2011 baru lah aku balik ke Johor.Terima kasih pada Zimah dan keluarga sebab sudi bercuti bersama aku.Rancangan aku nak bercuti ke Pulau Kapas tahun baru 2012 nanti tapi keadaan ombak besar di sana maka terpaksa di tangguhkan dulu..dan aku juga baru balik dari dari bercuti di Tg.Sedili Kota Tinggi tapi post nya kena tunggu next entri..sekarang kita layan gambar-gambar masa bercuti di Port Dickson ;)

 Aku sedang berangan masa ni baru sampai

 Dah siap salin baju nak terjun ke air

 Kawanku..Zimah dan anak2 buah nya serta abg-abg beliau

 Aku..Sahid dan Haris

Muka comel la konon,hihihihihi

Saturday, December 24, 2011

Bergurau pun ada batasnya

Salam semua..
Lama Tuan blog menghilangkan..
Hehehe mana tak menghilang asyik berjalan je..ni pun aku baru balik dari Singapore saja berjalan temankan kawan beli barang motor..hehe..tapi pergi pagi petang balik dah..balik tadi je terus mandi dah tertidur..sedar-sedar pukul 9 malam dah terus rasa lapar..aku bangun dah terus keluar untuk mengisi perut yang dah berkeroncong..sampai je kedai makan terus pesan makanan untuk dibungkus..tiba-tiba terjumpa kawan baik aku Ain terus aku batal kan niat untuk bungkus dan makan terus dikedai tu..

Tak lama lepas tu makanan kami pesan pun sampai,terus lah menjamu selera sambil menonton tv di kedai tu..ingat kan lepas makan nak balik sebab badan masih letih..tapi ada lagi member datang nak balik tak sedap pula rasa...sambil layan carekarama dekat tv3 Abang ipar aku pun sampai..makin tak jadi lah nak balik sebab melarat dah bebual..dalam pukul 11 malam baru lah aku beransur balik..sampai je dekat motor tengok cermin motor aku terkulai..aduhai..tiba-tiba seorang Abang ni cakap "siapa punya kerja lah tu"sambil gelak besar..eh Abang ni dia yang buat macam la aku tak tahu..rasa bengang sangat sampai terbuat muka Cikgu Tuisyen (muka masam) mungkin Abang tu terasa bila muka aku jadi macam tu..dia pun cakap "sorry na.."Bang oi..nak gurau pun agak-agak lah jangan lah sampai menjahanam kan harta benda orang.."Ni tak,nak gurau sampai terkulai cermin motor aku,baru je minggu lepas aku tukar cermin ni sebab cermin yang lama pecah....takkan hidup aku ni asyik kerja nak beli cermin motor je...Ok lah apa-apa pun aku dah maafkan perbutan kau tu bang oi..harap-harap lepas ni Abang tau batas-batas bergurau,jangan ulang lagi ye... :)

P/s: Kalau nak tahu lebih lanjut pasal muka Cikgu Tuisyen boleh hubungi Adik aku Ayu..sebab dia yang mulakan memek muka Cikgu Tuisyen..kahkahkah

Tuesday, December 20, 2011

Tebu Telur....apakah??

Tebu Telur....apakah?? by anna_fauziana
Tebu Telur....apakah??, a photo by anna_fauziana on Flickr.

Salam semua...
Aku masih lagi dalam keadaan bercuti..hehehe..dan sekarang ni masih berada di Putrajaya rumah anak Mak Angkat aku..hari tu kami bercuti di Port Dickson beramai-ramai...Tapi cerita bercuti kena tunggu next entry..

Bangun pagi je tadi dah siap terhidang sarapan..wah duduk sini dilayan macam puteri,makan minum semua disediakan nak tolong masak pun Mak Wan suruh duduk tengok tv,lemak tongkeng kau ye Anna..hihihi..Lepas habis sarapan je terus tengok Mak Wan tengah sibuk menyediakan bahan-bahan untuk masak untuk tengahari nanti,tapi aku pelik dengan satu benda aneh bagi aku yang pertama kali melihat..aku tak tahu benda tu apa..aku cuba tanya dengan Mak Wan apa benda tu dia cakap tu Tebu Telur...apakah tebu telur??serius seumur hidup aku ni lah pertama kali aku tengok tebu telur...aku jadi jakun pula..memang teruja..dekat atas tu gambar tebu telur yang telah dikupas dari kulitnya..Mak Wan cakap nak masak lemak putih..dia pun sedang sibuk memasak di dapur,tak sabar rasa nya nak tunggu tebu telur masak lemak...yuummmmyyyy!!!

Saturday, December 17, 2011

Benda yang tak dirancang...

Salam semua...
Selamat malam kawan-kawan
Di mesti tengah golek-golek sambil tengok tv,aku pula dalam bas untuk ke Kuala Lumpur...hihihi..benda yang tak dirancang sebenarnya..semalam sorang kawan sms dan dia ajak ke Port Dickson maka aku pun setuju..tapi sekarang ni aku dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur untuk bertemu dia dan esok kami akan menenangkan fikiran di Port Dickson,Negeri Sembilan hehehe....wah jalan je kan..ye la kalau aku tak berjalan takkan aku nak merangkak..hahaha

Ok perut sudah kenyang,mata pun sudah berat..jom tidur dalam bas...doakan semoga perjalanan aku selamat ye kawan-kawan ;)

Friday, December 16, 2011

Ninja 250r atau Cbr 250r??

Salam semua ..
Harap-harap korang semua sihat..
Apa yang nak di celotehkan hari ini ye..
Ok tajuk pun dah ninja 250r dan cbr 250r mesti lah berkaitan dengan motor..
Ya sebenarnya aku punyai angan suatu hari nanti aku akan miliki superbike
tapi malangnya aku kena lupakan aje angan-angan nak miliki superbike sebabnya
mana ada superbike yang rendah semua tinggi-tinggi aku tak sampai lah senang cakap lagi satu masalah kalau nak beli superbike kenalah ambil lesen kelas B untuk motorsikal melebihi 500cc buat masa ni aku cuma ada lesen kelas B2 untuk motorsikal tidak melebihi 250cc...
Jadi aku dah lupakan angan-angan aku untuk miliki superbike bertukar kepada sportbike je..
Sejak akhir-akhir ni aku sudah jatuh hati hati pada Kawasaki Ninja 250r sportbike dan Honda Cbr 250r..
isyyhhh....siang malam duk teringata-teringat je..hehehe..andainya kaki aku bole jejak ke tanah nanti bila cuba motor ni insyaAllah aku akan mula menabung untuk ninja 250r atau cbr 250r..

Wahai buah hatiku KSR110 jangan lah kau bersedih kerana kau tetap akan bersama
aku sampai bila-bila..aku takkan jual kau walau aku miliki motor lain...itu janji aku pada diri aku sendiri..setakat ni aku dah ada 2 buah motor.Mula-mula aku habis sekolah dulu aku kerja dengan Ayah aku,aku dapat beli sebuah motor Yamaha ego sampai sekarang ni motor tu masih ada..dan tahun ni pula aku beli lagi sebuah motor kawasaki KSR dan tahun depan???hahahah tunggu je lah...kalau ada rezeki  :)

Tapi yang aku runsing kan aku ada dua pilihan samada Ninja atau Cbr??dalam dilema ni..hahahaha..ok jangan berangan sangat nanti dah betul-betul nak beli tiba-tiba kaki tak sampai lagi hati akan hampa..hehehehehe.
Agak-agak kalau aku makan Fernleaf Calciyum Cultured Milk Food boleh tinggi lagi tak ek aku?hahaha.sebab benda tu kan makanan untuk membantu kanak-kanak mencapai ketinggian..
tapi masalahnya aku masih kanak-kanak ke?ke?ke?
Hahahahahah....dah tua bangka makan bertan-tan benda tu pun takkan tinggi punya..hehehehe
Ok lah kalau ada kelapangan nanti boleh pergi tengok-tengok dulu motor tu..tadi masa Encik Ayah ada dalam office saja je aku buka youtube tengok motor ni dengan harapan bila dia dengar bunyi motor ni dia cakap
"Berkenan ke?kalau berkenan kita boleh pergi tengok.."...tapi malang nya dia buat tak tahu je
sampai lah aku ulang-ulang banyak kali dia buat tak tahu juga..addoooiiiiiyaaaiiii..hahaaha...bila tak ada respon dari dia aku pun tutup..ciisssss..sampai hati Ayah tak layan..busuk muka aku tadi sorang-sorang..haahahahahahaahahaha.
Mudah-mudahan apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan..rasanya dalam minggu ni juga nak pergi tengok motor nak pastikan sama ada bila naik kaki aku jejak ke tanah ataupun tidak..andainya jejak maka mula 2012 bermulalah menabung..yehhaaaaa....moga aku berjaya mengumpul :)

 Kawasaki Ninja 250r

Honda CBR 250r


Wednesday, December 14, 2011

Menghitung Hari

Salam semua...  
Hari yang ni ceria je rasa pagi-pagi bangun tidur semangat nak pergi kerja pun lain
Semangat sangat-sangat takb tahu kenapa...pukul 9 je dah terpacak depan office
tapi malang nya kunci office tertinggal dekat rumah,terus hidupkan motor dan pusing-pusing dulu
sementara tunggu officemate sampai..hihihihihihih
Sejak akhir-akhir penyakit pelupa semakin menjadi-jadi...
Bila duduk sorang-sorang dalam office tadi masa waktu lunch baru terfikir apa pasal hari ini
aku ceria semacam..hehehehe sebab pertama adalah motor kesayangan dan sebab kedua
yang membuatkan aku betul-betul ceria dapat email dari Mr.F pagi tadi..wah,mana tak nya senyum sampai telingga hari ni aku...dia beritahu yang dia sihat dekat sana,jangan risau pasal dia...yehaaaaaaa
Setelah 9 hari pemergiannye baru ni dapat berita dari dia...mana tak nya aku gembira..
Sabar Anna..sabar...masih lama lagi kepulangan dia....hahahaha

Sekarang asyik dengar lagu paling aku minat lagu menghitung hari nyanyian Salamiah Hassan
Naik motor pun dengar..hehehe..kalau orang tengok aku macam ganas je naik motor bunyi kuat-kuat,pakai jacket,helmet full face tapi sebaliknya orang tak tau sambil naik motor pakai earphone dengar lagu Menghitung Hari..hahahahaha...nampak je ganaskan tapi dalam hati ada taman...hahahha
Oklah sambung buat kerja sambil layan lagu Menghitung Hari :)


~Menghitung Hari~

Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali

Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga

Tuesday, December 13, 2011

Hasil ikat perut selama ni

Salam...
Alhamdullillah apa yang aku impikan tercapai juga hari ni...
Penat lelah menunggu berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil..tak sia-sia aku ikat perut untuk beberapa bulan ni dan akhirnya berjaya juga aku beli barang-barang motor yang aku idamkan..hehehe..sejak akhir-akhir memang sempit sikit ekonomi aku semua nya kerana si buah hati aku KSR ni..hehehe..sekarang aku amat berpuas hati kerana dengan hasil titik peluh aku sendiri aku dapat beli barang-barang motor yang baru untuk KSR aku..

Banyak yang aku pelajari sejak aku berazam kumpul duit untuk beli barang-barang motor...contoh nya aku lebih berjimat cermat gunakan duit gaji aku untuk belanja bulanan..makan pun dah jarang dekat kedai,aku lebih rajin masak dekat rumah sebabnya kos masak dekat rumah dengan makan dekat kedai jauh berbeza..aku menjadi seorang yang kedekut sejak akhir-akhir ni hahaha tu semua demi KSR...aku jarang berjalan kecuali naik kereta kawan-kawan sebab nya nak jimat minyak motor dan aku juga terpaksa lupakan segala makanan makanan yang aku suka demi KSR ku yang tercinta ni..dan hari ini tercapai dah apa aku impikan...Ok lepas ni dah tak payah fikir pasal motor bukan maksud nak lupakan KSR tapi cukup setakat ni nak tukar-tukar barang atau beli barang motor..Sekarang teruskan azam untuk kumpul duit untuk hari tua pula..nak fikir buah hati pun nanti dulu,tunggu dia balik sini baru fikir...hahahaha..Ok stop setakat ini mata pun dah mengantuk esok nak kerja..malam ni confirm tidur sambil tersenyum...hihihihi ;)

Saturday, December 10, 2011

Rindu bertandang lagi

Rindu bertandang lagi by anna_fauziana
Rindu bertandang lagi, a photo by anna_fauziana on Flickr.

Salam.....
Ni lah penangan kalau tidur awal-awal..bila waktu macam ni dah terjaga..tak tahu nak buat apa jom kita merapu dekat sini...hihihihihi..bila celik mata je ingatan terus menyinggah dekat Mr.F,ermmmm rindu bertandang lagi..
Dah hampir 5 hari pemergiaan nya..tipu lah kalau tak rindu..hehe..tapi saya tak ada la sampai tidur tak lena,makan tak selera mandi tak basah...tu mengarut je lah sebab berbeza dengan saya..walaupun saya rindu awak tapi saya TIDUR LENA SAMPAI TERLAJAK,MAKAN BERSELERA SAMPAI BERPINGGAN-PINGGAN,MANDI PUN SAMPAI BASAH KUYUP....hahahahahahaha

Masih ada 111 hari lagi untuk menanti awak pulang ke tanahair..tak sabarnya rasa...hihihihi
Ok cukup setakat ni jangan nak rindu-rindu sangat,nak sambung tidur harap-harap dapat mimpi awak yang macho lagi hancur..hahaha.. ;)

P/s:“Malam kau bawa lah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku...agar dia tidak kesepian selalu rasa ada cintaku”

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver