Followers

Tuesday, November 8, 2011

Hari Raya Aidil Adha

Salam semua kawan-kawan blogger
rasa tak terlambat aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha
Ya,bagaimana yang kita tahu 2 hari lepas kita sudah pun menyambut raya.
Tahun ni agak berbeza raya kerana kami beraya cuma 3 orang..aku,Ayah dan Ayu,
Kak Long balik kampung suami dia di Senggarang,Batu Pahat.
Pagi raya cuma kami 3 beranak je dekat rumah,lepas solat sunat hari raya
Ayah pun terus pergi tolong orang korban lembu..maka tinggal lah aku berdua Ayu..

Sebelum raya Ayah request tak payah buat ketupat,masak rendang semua..
dia cuma nak makan nasi dengan lauk asam pedas je..
Mula-mula aku setuju..tapi bila petang raya aku rasa lain je kalau tak masak
sebab dulu kalau arwah Mak ada mesti ada ketupat bila waktu raya..
Dengan sepantas kilat aku suruh Ayu pegi beli barang-barang nak masak untuk raya..
Malam je aku terus mulakan rebus ketupat..tapi ketupat segera je..hehehe
sambil masak ketupat aku pun masak ayam tua masak ungkep..resepi Makcik aku
yang di ajar oleh Mak mertua dia..dia cakap ni resepi orang jawa...
Ayam ni kena masak awal-awal sebab Ayam tua kan,so kena masak dalam 2 jam..
Bila pukul 11.00 malam je semua dah siap..lepas tu masuk tidur
sebab esok nak bangun pagi-pagi nak masak Lodeh jawa resepi dari Makcu dan
sambal kacang aku ikut resepi istimewa dari arwah Mak aku...
Ayam masak merah pula aku cuma tumpang Mokde aku masak...
aku bagi Ayam seekor pada dia dan dia tolong masak..hehehehe
nak tahu kenapa?bukan sebab aku malas tapi aku suka masakkan dia
sambal dia yang pedas sampai panjat dinding..tu yang dia selalu cakap lah..hehehehe
apa-apa pun terima kasih ya Mok De sebab tolong masakkan Ayam tu..

Malam tu dapat sms dari kawan baik aku si Reza tanya masak ketupat tak
aku cakap masak dan dia minta bungkus kan sebab dia bertugas pada pagi raya..
hahahaha kesian dekat awak ya Encik Reza..banyak-banyak kan bersabar sebab
kena bertugas di hari raya,dah la tu tak dapat balik kampung pula..harap jangan nangis..

Pagi raya semua masakkan dah siap termasuk Asam pedas ikan siakap
untuk buah hati penggarang jantung saya iaitu Ayah saya..hehehehe
Tersenyum simpul dia bila di hidangkan nasi,lauk asam pedas dan ikan masin..
Lepas siap makan dia pun keluar..
Aku terus mandi siap-siap untuk ke rumah kawan aku..kawan ke???
Ya,boleh lah di kategorikan sebagai kawan walaupun umur dia baru 16 tahun..miahahahaha
Dia jemput ke rumah dia ada makan-makan sikit sambil dia potong kek sempena hari lahir dia..
Tak sedap pula kalau tak hadir kan diri sebab dia rapat dengan aku..
Terima Kasih pada Anak a.k.a Idrus sebab jamu kami dengan macam-macam makanan..
Siap makan je semua kami tak lenggah terus lah balik rumah sebab ada tetamu nak datang beraya..
Tetamu yang pertama datang hehehe..Makcu satu keluarga baru sampai dari Batu Pahat..
Sampai je terus ajak makan dulu..lepas lepak-lepak tengok tv kami ke rumah Mokde pula..
Minum-minum,borak-borak kami pun terus ke kubur menziarah kubur arwah Tok Mok,
arwah Mak,Arwah Tok Abah,seta kubur Moyang-moyang..
Selesai je semua kami ramai-ramai terus serbu rumah Mak Anjang pula
berkumpul di sana sampai lah malam baru semua bersurai..
Sampai rumah je pukul 9 terus mandi sebab dah sakit kepala
Tak lama lepas tu terus lah tertidur......ZzZzZzZzZzZz...


 Ketupat segera je..hehehehe

 Lodeh jawa...

 Ayam tua masak ungkep

 Sambal kacang

 Ayam masak merah dari Mokde

 Asam pedas siakap special for Ayah

 Ikan masin mesti kena ada

 Yang ni bekalan untuk Encik Reza bawa ke kerja

 heheheh Tuan blog posing jap pagi raya

Oh yeah...tetamu pertama aku bergambar 1 family

4 Love KSR:

Zue_ita said...

na..xle blah asam pedas pagi raya...

Anna_Fauziana said...

Ita>>hahahaha...ayah aku mmg mcm tu raya dia tak mkn ketupat

combiemohtar said...

ana...uma aku pon asam pedas mesti kene ade pagi raya..sama la kite.heeee

Anna_Fauziana said...

combi>>hahaha..kalu aku tau umah ko pun masak asam pedas aku srh ayah aku je dtg beraya umah ko..

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver