Followers

Monday, October 31, 2011

Selamat Pengantin Baru Ollie dan As

Gambar pengantin dan kawan-kawan Myksr

Taniah..dan Selamat Pengantin Baru buat Ollie dan As
"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu,dan menghimpunkan kedua kamu didalam kebaikan"

Friday, October 28, 2011

Bersiap sedia wahai Sayangku!

Wahai sayangku JMT 4732
Hari ni akan aku bawa kau pergi servis lagi
Bersiap sedialah wahai sayangku kerana
kita akan berjalan jauh hujung minggu ni
Nak ke mana ye?????????
Ye...kalau diizin Allah dan tiada halangan melintang
kita nak ke Shah Alam hujung minggu ni bagi
menghadiri majlis perkahwinan geng myksr ..hehehe

Untuk geng-geng myksr southern kita jumpa
subuh hari ahad ni ye..siap-siapkan juga motor anda..miahahaha
Dan akhir sekali aku dah tak tahu nak merapu apa
Disebab kan aku tak ada kerja waktu ni
tu yang aku aku ambil kesempatan untuk merapu
entah apa-apa..hahahahaha


Sayangku kaulah segalanya!!!!!!!!!!!!

Penangan cerita Soffiya

Lepas maghrib semalam pergi rumah Kak Long
sebab nak jumpa Si Domok pujaan hati Mummy Ngah
Sampai je Ummi dia cakap dia nak tidur,sekali Mummy Ngah
pandang muka dia yang tengah berbedung
tiba-tiba dia tengok sambil senyum..hihihihihi
Mesti dalam hati Ummi menyirap je kan,anak dia nak tidur
tapi Mummy datang anak bujang dia duk senggih-senggih.

Bila dia dah bangun mari kita bermain ye Ilham
sambil tu kami menonton cerita Soffiya dekat tv3
bersama-sama Mama Cu,Acu Ala,Ummi Ilham..
Padahal masa tu Ummi Ilham tengah sibuk nak masak
tapi kejap-kejap dia belari ke ruang tamu nak tengok tv
hahaha jaga Ummi pukul 8 Babah balik ada kang tak siap masak.
Makin hari makin menyirap tengok cerita Soffiya ni pasal
Fiona jahat sangat..sakit hati tengok..ggrrrrrrrrrrrrrrr
Tapi paling menyirap bila tengok dengan Mama Cu
Dia tak pernah follow cerita ni tapi bila tengok semalam beriya-iya
tapi satu benda dia tak faham..hahaha Acu Ala bengang je
sebab Mama Cu balik-balik tanya dekat dia..hahahaha

Balik cerita pada Ummi Ilham,ni lagi serabut semalam
sambil masak,anak merengek nak tidur,nak tengok tv lagi
hahahahaha mana satu ni yang kau nak buat Long oi?????
Aku layan si Domok tu diam lah dia sekejap bagi peluang
dekat Ummi nya layan cerita Soffiya sebentar
Tapi yang tak boleh blah tiba-tiba kami terkejut beruk tengok
si Ummi Ilham datang dari dapur dengan bawa lesung batu ke depan tv
hahahahaha..sengal Akak aku sampai macam tu sekali
Sambil layan cerita sambil lah dia menumbuk halia dan kunyit
untuk masak asam pedas..
Perrrghh..begitu hebat sungguh  penangan cerita Soffiya
sampai masak pun depan tv..hahahahaha
Lepas habis cerita tu kami pun berambus balik
Dia habis kan masak dan menidurkan anak bujang dia..hehehehe



 Memang hebat penangan cerita Soffiya ni..wakakaka


Ok..aku ada bukti Ummi Ilham bawa lesung batu depan tv

Baru jenggah dapur

Sebenarnya nak cerita pasal balik kerja semalam
Sampai rumah dah pukul 5 lebih dalam hujan lebat..
Tapi aku tak lah basah kuyup lagi sebab ada raincoat
Sampai je rumah perut rasa lapar,maklum la hujan-hujan
memang lah perut lapar..
Aku pun terus ke dapur (baru nak pandang dapur..hihihi)
Terus masak nasi,buka peti sejuk ada pula ketam
tengok atas meja ada buah ku ini  dalam otak
fikir nak masak apa,fikir punya fikir dapat lah idea..
Nak masak Ikan asam rebus,Ketam rebus dengan sambal kuini..
Tapi ikan tak ada pula macam mana?
Aku naik atas mandi dulu lepas siap tu
terus ke kedai cari ikan..Alhamdullillah dapat juga ikan
Masa dekat kedai tu boleh pula jumpa Si Jones beli ikan juga..hehehehe

Bila sampai rumah je terus bersilat dekat dapur..
Tapi tak bersilat mana pun sebab bahan-bahan semua dah ada
Walaupun aku ni pemalas tapi stok lada,bawang,kunyit,dan halia semua
yang dah siap kisar dah sedia ada..kalau nak masak senang..hehehe
Itu pun sebab aku tengok Arwah Mak aku buat macam tu dulu-dulu
jadi sekarang aku pun ikut lah apa yang Arwah Mak buat.
Ok sambung cerita lagi,nasi dah pun masak,ketam dah direbus,
Ikan pun dah dimasak sambil tu aku pun tumbuk lah cili
dengan belacan untuk buat sambal kuini..
Dalam 15 minit semua lauk-lauk tu pun siap
Dengan hidung kembang sambil aku tersenyum sendiri
 melihat hasil air tangan aku..hahahaha
Aku pun hidangkan lah makanan tu untuk santapan aku,
Adik aku tak ada maka aku melantak lah sorang-sorang
dengan penuh selera..hehehe
Rasa pun boleh tahan lah..puji diri sendiri la pula
Habis makan je masuk waktu maghrib
Lepas maghrib hujan pun dah berhenti aku pun
terus naik motor ke rumah Kak Long nak tengok
siapa lagi kalau bukan tengok Si Domok pujaan hati tu..


 Ni dia hasil nya :)

 Ikan asam rebus


Ha.....sambal buah ku ini hahahaha

Thursday, October 27, 2011

Apalah nasib aku..

Jam dah menunjukkan pukul 1 tegahari
Dengan muka bangga terus keluar pergi lunch
Ayah dah tunggu dekat warung selalu kami pergi
Sampai je terus makan cepat-cepat sebab
masa selebih nya nak basuh motor aku
dah lama tak basuh dengan tangan sendiri..hehehe

Sekarang nak basuh motor tak payah pergi car wash
sebab dekat stor Ayah dah siap semua kelengkapan
untuk basuh membasuh semua,hehehe(dah jimat duit aku)
Tengah basuh motor tiba-tiba hujan turun dengan lebat
Akhirnya aku pasrah..motor dah berkilat hujan pula turun
Tapi tak apa lah nak buat macam mana
Tunggu hujan berhenti lama juga dekat situ
dah pukul 2 lebih baru hujan berhenti..
Ceh..dengan muka bangga motor sudah berkilat
aku pun balik ke office semula..
Sekali baru tiba traffic light nak menuju ke office
tiba-tiba hujan turun dengan lebat..
Masa tu lampu merah takkan nak langgar je
terpaksa lah berhenti dengan keadaan aku
dah basah kuyup..hahaha..apa la nasib aku..

Sampai office je memang dah basah kuyup
masuk je lah office takkan nak balik pula
baru pukul 2 lbh memang lah office tu
office Ayah ku bukan Ayah mu takkan
nak balik sesuka hati pula kan..
Dulu boleh lah sesuka hati tapi sekarang takut sikit
sejak terkantoi balik kerja 4.30 ptetang..hahahha

Nak selit sikit kisah minggu lepas
Patut nya balik pukul 5 petang tapi hari tu cuaca mendung je
Cepat-cepat kemas nak balik padal baru pukul 4.30 petang
sekali baru tiba pintu pagar office Ayah pun muncul
Tak semena-mena aku kantoi bodoh  dengan Ayah
Dah kantoi aku patah balik masuk office
dengan muka tak bersalah,masa tu kena tahan lah
telingga dengar dia membebel..hehehe
Ayah aku ni memang memang baik orang,tak pemarah
lemah lembut,suka ketawa dan sentiasa senyum
Tapi kalau dia dah marah dia takkan tinggi suara
dia akan tegur dengan nada yang lembut
tapi maksud yang dia bercakap tu mendalam
kadang-kadang boleh buat aku menangis dengan teguran dia
Maklum lah anak nombor 2 dia ni muka je nampak ganas
tapi hati tissue..wakakaka

Tu je lah serba sedikit cerita nya
Aku pun tak tahu apa aku merapu petang-petang ni
Ni menanti saat pukul 5 petang nak balik
dengan keadaan sejuk sambil berkain pelikat (seluar basah kena hujan).


 Motor dah siap berkilat tapi hujan turun


Walau hujan tapi puas hati dapat basuh sendiri


Bukti aku basuh sendiri beb!wakaka  


 Sampai office basah kuyup..


Last,kerja pakai kain pelikat dalam office..

Kisah Dongeng



~Kisah Dongeng~

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu seduDalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Monday, October 24, 2011

Hina sangat ke kalau aku gemuk???


Salam semua..
Hari nak cerita pasal aku yang GEMUK
Kenapa dengan tiba-tiba pula entry pasal ni keluar??
Sebab aku bengang sangat-sangat dengan Encik Kurus+Macho ke?? yang hina aku tu..
Aku pun tak lah rapat dengan dia tu tapi kenapa tiba-tiba dia mesti pertikaikan pasal aku?
Serius aku memang sangat-sangat sensitif kalau ada yang mengata aku GEMUK ..
Hina sangat ke kalau aku gemuk?aku minta ke dijadikan gemuk??
Yang buat aku sentap sangat bila dia cakap
"Kalau bawa Anna naik kereta memang slow..paling laju 40,
sampai kampung terus kena tukar tayar baru.."

Wahai Encik Kurus+Macho ke?kalau kau cakap aku macam tu 
dengan niat bergurau pun agak-agak lah ya..Bila kau tulis macam tu
seolah-olah kau mempersendakan aku yang dah sedia GEMUK ni
Kalau kau nak tahu hati orang GEMUK macam aku ni memang sensitif.
Kau mesti ingat aku nak sangat jadi GEMUK kan?hahahaha
Aku jadi macam ni sebab aku ada penyakit hari-hari aku makan ubat
sebab tu badan aku macam ni...lagi satu alasan aku sebab aku GEMUK
kerana Ayah aku bagi aku cukup makan..puas hati kau dengan alasan aku?hahaha

Memang aku selalu berazam nak jadi kurus tapi mungkin belum masa nya lagi
Nanti bila dah kurus lain pula tanggapan orang tak percaya tunggu je lah
Mesti ada pula yang cakap "tu tiba-tiba kurus entah-entah ambil dadah"
tak pun "eh kau kurus ni makan produk kurus apa ya?kongsi lah sikit".
Ye la masa dah kurus suruh kongsi rahsia jadi kurus bila GEMUK tak ada nya
nak tanya itu ini malah kena gelak sampai guling-guling disebabkan keadaan fizikal.

Maaf lah kalau ada siapa-siapa marah pasal entry ni
Bukan niat nak mengaibkan siapa-siapa,aku sedar kekurangan aku
Tapi aku cuma nak kan jawapan je "HINA SANGAT KE KALAU AKU GEMUK??"


Friday, October 21, 2011

Ikut Boboiboy balik kampung

Hari ni tak kerja sebab nak ikut Boboiboy balik kampung dekat Senggarang,Batu Pahat..Alhamdulillah pukul 6 tadi kami semua selamat sampai..Hehe..Ilham sepanjang perjalanan tadi tidur je..Ni baru je dia bangun..

Sampai je tadi terus Babah Ilham ajak pekena sup kambing..Perrgghhh,memang terbaik tapi tak boleh cerita sampai habis,cerita pasal sup kambing ni kena tunggu next entry..

Esok pagi kami akan bertolak ke Melaka pula..Wah...Betul-betul makan angin ni cuti 3 hari..Hihihi
Sekarang masa untuk bergolek-golek dengan Boboiboy a.k.a Ilham..Hehe..

Thursday, October 20, 2011

Sepetang bersama mereka

Petang tadi balik kerja je kawan-kawan ajak keluar makan
dekat Macdonald,kebetulan perut memang tengah lapar
maka aku pun pergi lah bersama mereka-mereka ni..
Alhamdullillah rezeki murah hari ni Idrus belanja..hehehe
terima kasih banyak-banyak ye Idrus..macam tak best pula 
panggil kau dengan nama tu..selalu panggil Anak..tu panggilan 
manja oleh Mak Ayah dia..hahahahaha macam ngeri pun ada....wakakaka

Semalam tengahari pun makan dekat MacD hari-hari MacD
siap la cukup bulan badan pun bertambah-tambah lemak..hehehehe
Tak apa lah yang penting aku happy..hehehehe

Lepas makan-makan tadi sempat pula singgah Jusco Bukit Indah
cuci-cuci mata sikit,tapi sempah juga beli baju sehelai dua..hahaha
bila dah siap semua kami pun balik maklum lah bawa anak-anak orang
lagipun mereka-mereka yang ikut aku tak masih sekolah..
Hahahaha..pelik kan aku dah tua-tua kawan dengan budak sekolah
sebenarnya aku tak memilih kawan..siapa-siapa je aku boleh kawan

Kadang-kadang melayan mereka-meraka ni seronok,lagi-lagi
layan Ila sepupu aku...haha aku memang suka menyakat dia..
Ada je benda yang boleh buat aku menyakat dia..
Rumah aku selalu yang buat riuh diaorang la semua ni
Bila masing-masing sibuk sekolah rasa sunyi je rumah
tambah-tambah pula rumah aku cuma aku dengan adik aku je ada
Ayah pula balik kerja dah malam..tu pun kadang-kadang kami dah tidur.
Jenis aku pula pukul 9 je dah masuk tidur..hehehehe

Ni dah sampai rumah masa untuk mengemas baju-baju
Esok lepas solat jumaat nak ikut Ilham balik kampung 
dekat Senggarang,Batu Pahat..lusa pula
nak ke Melaka rumah Mak Angkat Ummi Ilham
Ok dekat bawah tu ada gambar-gambar mereka-mereka
yang menghibur hati aku petang tadi dengan aksi-aksi yang gila



Anak,Ayu & Dyla Otatah

 
Mengerikan...hahaha
 macam-macam kerenah
wakakakakaka aku gumuk

Al~Fatihah...


Hari ni masuk kerja lambat..awal-awal dah minta izin dari Encik Boss
Sebenar nya masuk lambat sebab nak pergi kubur arwah Mak..
Lama tak pergi bersih kan kubur dia serta Atok dan Nenek..
Sebak pula tadi masa ada di situ,rasa macam semalam je Mak 
pergi tinggal kan kami,padahal tahun depan masuk 2 tahun Mak pergi..
Rindunya dengan belaian Mak,gelak tawa masih terngiang-ngiang lagi,

Kami redha dengan pemergian Mak,Allah lebih sayangkan Mak
Dari Mak terseksa menanggung sakit biarlah Mak pergi
memang mula-mula pedih sangat hati bila Mak pergi tinggal kan kami
Mana tak nya,bila ada apa-apa semua mengadu dekat Mak
Nak makan Mak juga dicari,bangun tidur mesti cari Mak dulu
segala-galanya Mak..
Tak ada siapa boleh ganti tempat Mak dalam dunia ni..
Moga roh Mak tenang disana..

Al~ Fatihah





Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #2

Monday, October 17, 2011

Ride to Gunung Berlumut,Kluang

Salam....
Jom sambung cerita ride ke Gunung Berlumut Kluang,
Aku pergi dengan Geng Myksr Southern
Kami pun dekat sini tak ramai maka yang pergi cuma
10 orang termasuk anak & isteri Izwan BP..

Dari JB aku dengan Zul kami janji jumpa
dekat Shell hentian sebelah Kulai
waktu dijanjikan pukul 7.30 tapi aku terlewat sikit
sebab ada hal yang tak dapat aku elakkan(ye la tu..padahal...???)
Maka dari Kulai tuang minyak sembang-sembang kejap
Kami pun terus bergerak ke Petronas Ayer Hitam tempat yang
dijanji kan untuk berkumpul..masa yang ditetapkan pukul 9
Tapi kami smpai 8.35 pagi tak lama lepas tu yang lain pun sampai

Bila dah berkumpul semua kami duk tungg Hafiz darin Kluang sampai
Dalam 20 minit dia pun sampai dengan kawan dia nama Megat
Lepas tu dia bawa kami pergi sarapan dulu di Bandar Kluang
Kami pekena roti canai dan teh tarik..heheheh
terima kasih banyak-banyak
dekat Hafiz sebab belanja kami sarapan
Nanti kau datang tempat aku insyaallah aku belanja kau pula

Selesai makan kami pun bergerak menuju ke Gunung Berlumut..
Dari Bandar Kluang perjalan ke sana lebih kurang 1 jam la
Memang syok ride kali ni dengan jalan nya yang mencabar
Kami memang gila layan jalan corner sampai nak cecah telinga..hahaha
Akhirnya sampai ke destinasi yang kami tuju dalam pukul 10
Sampai je mulalah masing-masing bergambar sakan
Si Izwan samapi je terus terjun dulu tak tunggu yang lain
Aku dengan Syafinaz cuma duduk main air je
kami tak mandai..malas!!hehehe
Lagipun duk melayan Rizqin yang comel anak kepada Izwan

Selesai mandi semua kami pun siap-siap untuk
pergi makan tengahari di Bandar Kluang..
Lepas makan terus bergerak ke Ayer Hitam
tempat mula-mula jumpa
Lepas isi minyak check motor semua
kami bersalaman semua masing-masing pun
bergerak balik..
Aku dengan Zul terus masuk highway ke JB
Izwan ke BP,Luq,Mael Lambung dengam Syafinaz ke Muar
Hafiz dengan Megat balik semula ke Kluang..
Masa bergerak tu dalam pukul 2.30 petang

Akhirnya aku selamat sampai rumah tepat pukul 4 petang..
Sangat syok ride kali walaupun letih
Tapi bila semangat tu ada maka semua letih-letih hilang..hehehe
terima Kasih kawan-kawan ku yang ride sama-sama
Aku enjoy dengan korang...
Love u all......mmmuaaahhhh










Berkumpul dekat Petronas Ayer Hitam
(sambil tu Zul cuba sabotaj motor aku..miahahahaha)
Check motor masing-masing
Bergerak ke warung di Bandar Kluang untuk sarapan
Mael Lambung dari Muar
Megat Fz-i kawan Hafiz dari Kluang
Ni kalau tak kenal tak tau lah nak cakap apa
Zul Pasir Gudang..terbaikkkkk
Macam ye-ye je bercakap dengan tangan-tangan sekali
Dah kenyang semua pekena roti canai
Ni dia Hafiz Encik Askar dari Kluang..hihihihi
Let's ride!!!!!
KSR(Kiah Si Ronggeng) bak kata Zul
Macam artis pula semua berebut
nak bergambar dgn aku..hahahaha (perasan siot!)
Perjalanan ke Gunung Berlumut
Layan..........
Togei..togei..togei...
Luq cuba nak memotong aku..
Layan corner sampai nak cecah telinga..hihihihi
Selamat sampai ke destinasi
Tuan blog posing kejap
Dua-dua duduk termenung lagi
Oh yeah!aku dengan Finaz excited


Mari kita bergambar dulu
Macam-macam aksi kita orang ni..

Asyik korang je nak bergambar dengan aku..hahaha
Finaz dan Luq
Baris!!dari kiri cepat jalan!!
Izwan dari Batu Pahat
dia lah orang pertama terjun dalam air
Ni tengah duk cerita pasal artis bercerai..
Izwan cakap aku macam murai.com.my
semua pasal artis aku tahu..hahahaha
Finaz dengan Zul
Luq...ride dari KL ke Kluang..terrrbaaaikkk la kau
Menuju ke Bandar Kluang untuk makan tengahari
Masing-masing makan penuh perasaan
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver