Followers

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #4

Tuesday, November 29, 2011

Tak sabar nya.....

Salam semua...
Oh ya aku tak sabar menunggu hujung minggu ni aku nak ride ke Port Dickson
Aku jangkakan hari sabtu ni lepas solat subuh aku akan bertolak ke Melaka dulu
sebab nya aku ada temujanji bersama Doktor Ashok Philip di Mahkota Medical Centre,Melaka.
Kebetulan pula tarikhnya sama dengan program Ride Mandi Pantai bersama geng myksr..

Selalunya perjalanan aku ke Melaka dengan ksr kesayangan aku makan masa 3 jam
aku pun bawa slow je dalam 90km/j..buat apa nak laju-laju bukan nak berlumba..
Aku agak dalam pukul 9pagi sampailah aku di Melaka lepas jumpa Doktor dan ambil ubat
aku terus nak ke Port Dickson..kalau boleh sebelum petang aku nak sampai
sebab sebelah petang selalu nya hujan sekarang ni..
Kali ni aku ride solo dan jumpa geng-geng yang lain di sana dan kami akan
bermalam di Sunshine Bay Resort..
Mungkin geng-geng Selatan akan datang pada keesokan harinya..
jadi balik nanti aku tak sorang lah ya..hehehehe

Alhamdullillah motor aku pun dah beransur sihat setelah dirawat seminggu..
Lama tak ride ni tu yang rasa tak sabar-sabar,hehehehehehe
Tadi sebelum pergi kerja sempat kumpul kan barang-barang sebelum ride.
Apa yang perlu ada helmet full face,Glove,Jacket @Body Armor,knee padding,baju hujan,kasut..
Semua tu dah aku kumpul kan satu tempat jadi bila dah tiba hari nak pergi nanti tak lah
kelam kabut cari semua..cuma sehari sebelum pergi tu baru lah aku servis motor,tukar tayar dan rantai...
Ok..doakan semoga perjalanan aku selamat pergi dan pulang ya...

 Helmet aku...hehehe

 Body Amour 

 Baju hujan mesti kena bawa sebab musim hujan

 Glove ;)

 Knee Padding

 Beg kalis air bukan kalis rindu

 Yang ni sedih sikit sebab dari dulu aku duk pakai
 kasut converse kesayangan aku...
 sampai buruk dah jadinya

Kalau semua dah lengkap tapi ni tak ada memang tak patut...
Motor kesayangan aku

Ini bukan lagu rindu,ini madah dendam...

"Aku maafkan kamu...tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu..yang aku....
Maafkan kamu.tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku.."

Penuh bermakna lagu baru dari Malique dan Jamal Abdillah bertajuk Aku Maafkan Kamu..
banyak benda yang boleh kita pelajari dari lagu ni...bagi akulah yang suka menghayati lirik-lirik lagu
yang aku minat tapi tak tahu lah pendapat orang lain...jom layan lagu ni sama-sama...

Thursday, November 24, 2011

Minum petang di rumah Ain

Salam semua...Maaf dah berapa lama menghilangkan diri
Sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan berjalan,masalah pun banyak
dengan motor rosak nya..tapi Alhamdullillah semua dah selesai dan sekarang
dah boleh layan blog..hehehehe..
Rindu pula lama tak bercerita..ok hari ni nak cerita pasal minum petang dekat rumah kawan baik aku
Sebenarnya bulan lepas punya cerita tapi baru nak post..hehehehe

Masa dekat office hujan lebat hari tu,terus sms Ain cakap buat
jemput-jemput ikan bilis dengan teh o balik kerja nanti aku nak datang..
Dia pun cakap ok...habis kerja je terus ke rumah dia
Lama tak jumpa minah ni maklum lah sejak dia dah kahwin dia dah berhijrah ke rumah mertua dia
dekat Kampung Tanjung Kupang,lokasi nya dekat depan rumah aku yang lama..
Cara cakap berhijrah macam lah jauh sangat kan dia pindah padahal sekangkang kera je
rumah mertua dia dari rumah aku sekarang..tapi kalau aku tak pindah dulu memang dekat lah aku
dengan dia..memang tak terpisah..

Ok..balik pada cerita minum petang,sampai-sampai rumah dia je semua dah terhidang atas meja
Wah rajin betul masak walau tengah berbadan dua ye Puan Ain,hehehehe
Teh o dah terhidang 1 jug,asam pedas ikan kembung,tapi ada 1 je benda pelik sebab
masa aku sms tadi aku minta dia buat jemput-jemput tapi yang terhidang macam lempeng
tapi lempeng nya sederhana tak besar sekali pandang macam jemput-jemput..
aku pun tanya lah kat Mak Buyung ni apa benda tu..
Aku: ni apa benda in?
Ain: Kau suruh buat jemput2 tapi aku nak makan lempeng,
       jadi nak adil aku buat lah macam ni...
Aku: kahkahkahkahkah.....

Bijak juga kawan aku sorang ni sebab nak jaga hati kawan dia berlaku adil
dalam membuat jemput-jemput..rasa memang macam jemput-jemput sebab ada bawang ikan bilis
tapi bentuk je lain macam lempeng sebab dia nak makan lempeng..hahahahahaha
kami pun tergelak-gelak sambil bergosip-gosip maklum lah lama tak jumpa
dulu hari-hari asyik berkepit je berdua dah macam belangkas..tu tak apa lagi
disebabkan kami sentiasa berkepit Kak Long aku agak longkang sikit mulut dia
dan mengatakan kami pasangan lesbian..oh kami tidak sama sekali macam tu ye..hihihihi
dulu MANA ADA AIN DISITU ADA ANA..tapi sekarang tak lagi..
semua dah berubah sejak Ain kahwin dengan pilihan hatinya...sob..sob..sob.... :-(
Sedih dah tak ada kawan,bukan maksud dia dah kahwin kami tak berkawan cuma
kami dah tak rapat macam dulu,dia dah ada tanggungjawab..hehehehe
Ain.....best tak kahwin??hahahhaahahaha..nak kahwin juga.... :-( hahahahaha (penyakit gatal dah sampai)
Sekarang dah masuk 6 bulan aku jalani hidup tanpa Ain,sekarang ke mana je pergi sorang-sorang
dulu jangan harap lah kalau nak ke mana-mana dengan Ain..apa semua Ain..
Kat bawah ni aku nak tunjuk jemput2 + lempeng =jempeng versi Ain....

 hehehe jempeng hasil dari Puan Ain

 Terima kasih ye bagi aku melantak

 Ini lah dia sahabat baik aku..Habibi Ya Nurul Ain

Nak selitkan sikit gambar masa dulu-dulu...hehehe

p/s: uhuk2 nantikan next entry cerita pasal kawan baik aku ni..
dan macam mana awal perkenalan kami hingga kami akrab sampai sekarang... :)

Tuesday, November 8, 2011

Aktiviti di masa lapang..

Semalam masih cuti sempena hari raya aidiladha
Bangun pagi je badan rasa sakit,selsema ditambah dengan sakit kepala
nasib lah cuti,kalau kerja mesti aku ambil cuti..
Keluar dekat rumah tengok kereta banyak je dekat lorong rumah
sekali baru ingat jiran 1 lorong ada buat kenduri serta majlis cukur rambut.
Badan lemah je tapi bila kenangan kan jiran aku pun siap-siap pegi mandi
lepas mandi sarung baju kurung terus menuju ke sana dengan muka slumber..
Padahal perut memamg lapar di tambah pula malas nak masak..
hehehe..Ayah aku dah pergi dulu masa kami tengah siap-siap
Sampai je terus makan...haha datang makan je...teruk betul
Balik rumah je dengan perut kenyang terus tergolek atas katil..
Tiba-tiba Ayu cakap "bosan lah mana nak pergi"..
Aku yang konon-konon tak sihat tadi terus cakap.."pergi karaoke jom.."
bila sebut karaoke rasa segala sakit pening semua hilang..hehehe
Ayu pun call tunang dia bagitau dan tunang nya pun setuju nak keluar..
Kami pun terus siap-siap sebelum pergi karaoke kami cadang nak pergi
Hospital Sultanah Aminah tengok Pak Busu Lat yang masih dalam wad..

Setengah jam lepas tu Adik tunang kepada Ayu pun sampai
Kami cakap singgah rumah Kak Long dulu sebab nak tengok Ilham
lama juga dekat rumah dia dalam 1 jam..padahal cakap nak singgah kejap je
Tapi bila dah tengok si kecik yang makin ramah berbual bahasa baby dia
terus jadi melarat pula melayan dia yang senyum simpul dengan kepala sudah botak..hehehehe
Lepas dia tidur baru lah kami bergerak keluar..
Tempat yang pertama kami tuju Hospital...sampai je terus ke wad blok c
tengok dekat white board nama Razhan Bin Yahaya ada lagi di katil no 9
naik je tingkat c2 dengan confident nye terus masuk cari katil no 9
kami berjalan mencari dar katil no 1 sampai lah habis tapi tetap tak jumpa
sebelum ni aku dah pergi tengok tapi kenapa masih tak jumpa..
Bila dah beleggar-leggar dalam tu seorang jururawat datang bertanya
Jururawat: Maaf Cik,boleh saya bantu?Cik cari siapa?
Aku: Oh...saya cari Pakcik saya katil no 9
Jururawat: Encik Razhan ke?dia dah keluar wad pagi tadi..
Aku: terima kasih ya...(dengan muka bengang..hihihihi)
Si Ayu boleh gelak kan aku pula...tu lah tadi dia suruh sms Mak Busu dulu tapi aku tak nak
tak apalah lain kali boleh pergi rumah dia je tengok lagipun hari tu dah pergi..
Alhamdullillah Pak Busu Lat pun dah keluar wad,semoga cepat sembuh ya Pak Busu..

Balik pada cerita nak pergi karaoke..
Lepas keluar Hospital kami teru menuju ke Danga Bay untuk karaoke
hehehe bakal Adik Ipar nak belanja kali ni...terima kasih Adik..
Kami pun pilih pakej bilik yang berharga RM15 untuk 1 jam
tapi kami yang tamak dan gila menyanyi pilih 2 jam untuk menyanyi dan dapat percuma 1 jam
maka dengan ini nyanyi lah sampai terkeluar anak tekak selama 3 jam..hehehehe

Sambil tu aku nak selit kan sedikit hobi aku yang sebenarnya
aku ni memang minat menyanyi dari dulu
dulu-dulu dengan Ain kawan baik aku lah aku selalu pergi karaoke
tapi sekarang dia dah kawin maka dah tak ada pergi dengan dia
tak pun kadang-kadang aku pergi dengan Ayah aku..hehehehe
Ok sambung cerita..lagu-lagu yang aku nyanyi kan mesti lah lagu lama-lama
memang aku suka lagu lama contohnya lagu dari Hetty Koes Endang,Salamiah Hassan,
Dayangku Intan,Orkid Abdullah dan ramai lah lagi..hehehe
Dan antara lagu-lagu aku minat contohnya Kasih,Tak Ingin Sendiri,Menghitung hari,Semakin Hari Semakin Sayang,Penawar Rindu banyk lagi lah
kalau nak sebut semua sampai tahun depan memang tak habis..hahahaha

Apa-apa pun memang seronok semalam karaoke sampai malam
Terima Kasih Adik (bakal adik ipar aku) sebab belanja aku karaoke
lain kali kalau ada masa lapang kita pergi lagi..

 Suara Ok,Danga Bay

 Ayu bersama tunang nya Adik

 Sempat lagi tu pandang camera sambil nyanyi

 Adik penuh perasaan tarik suara...

 Aku tengah tunggu giliran untuk menjerit..miahahaha

Lagu wajib nyanyi setiap kali karaoke 
dan juga merupakan lagu favorite aku setakat ni

Happy Belated Birthday Idrus

Pic Birthday Gegirl...miahahaha
Happy belated Birthday Anak a.k.a Idrus
>>Semoga dipanjangkan umur
>>Dimurahkan rezeki yang halal
>>Rajin-rajin sekolah jangan asyik ponteng je
>>Jangan asyik berangan nak jadi gegirl..hahaha
>>Dengar cakap Ibu dengan Abah kau (jangan kelentong diaorang je)
>>Jadilah anak yang soleh bukan solehah
>>Tak lupa juga moga kau berjaya dan bahagia dunia akhirat

Terima Kasih juga sebab sudi berkawan dengan aku yang dah tua ni
walaupun aku kadang-kadang gila suka perdajalkan kau 
tapi kau tetap nak kawan dengan aku..hehehehehe
tu semua hanya gurauan semata mata..jangan ambil hati..
Aku pun tak tahu sejak bila kita rapat padahal umur kita jauh berbeza..
Alhamdullillah persahabatan kita dah pun sampai setahun..hehehe
semoga persahabatan kita berkekalan sampai akhir hayat kita..
Kalau aku marah-marah atau tegur apa sampai kau menangis
bukan aku tak suka kau tapi aku sayang sebab tu aku tegur..

Hari Raya Aidil Adha

Salam semua kawan-kawan blogger
rasa tak terlambat aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha
Ya,bagaimana yang kita tahu 2 hari lepas kita sudah pun menyambut raya.
Tahun ni agak berbeza raya kerana kami beraya cuma 3 orang..aku,Ayah dan Ayu,
Kak Long balik kampung suami dia di Senggarang,Batu Pahat.
Pagi raya cuma kami 3 beranak je dekat rumah,lepas solat sunat hari raya
Ayah pun terus pergi tolong orang korban lembu..maka tinggal lah aku berdua Ayu..

Sebelum raya Ayah request tak payah buat ketupat,masak rendang semua..
dia cuma nak makan nasi dengan lauk asam pedas je..
Mula-mula aku setuju..tapi bila petang raya aku rasa lain je kalau tak masak
sebab dulu kalau arwah Mak ada mesti ada ketupat bila waktu raya..
Dengan sepantas kilat aku suruh Ayu pegi beli barang-barang nak masak untuk raya..
Malam je aku terus mulakan rebus ketupat..tapi ketupat segera je..hehehe
sambil masak ketupat aku pun masak ayam tua masak ungkep..resepi Makcik aku
yang di ajar oleh Mak mertua dia..dia cakap ni resepi orang jawa...
Ayam ni kena masak awal-awal sebab Ayam tua kan,so kena masak dalam 2 jam..
Bila pukul 11.00 malam je semua dah siap..lepas tu masuk tidur
sebab esok nak bangun pagi-pagi nak masak Lodeh jawa resepi dari Makcu dan
sambal kacang aku ikut resepi istimewa dari arwah Mak aku...
Ayam masak merah pula aku cuma tumpang Mokde aku masak...
aku bagi Ayam seekor pada dia dan dia tolong masak..hehehehe
nak tahu kenapa?bukan sebab aku malas tapi aku suka masakkan dia
sambal dia yang pedas sampai panjat dinding..tu yang dia selalu cakap lah..hehehehe
apa-apa pun terima kasih ya Mok De sebab tolong masakkan Ayam tu..

Malam tu dapat sms dari kawan baik aku si Reza tanya masak ketupat tak
aku cakap masak dan dia minta bungkus kan sebab dia bertugas pada pagi raya..
hahahaha kesian dekat awak ya Encik Reza..banyak-banyak kan bersabar sebab
kena bertugas di hari raya,dah la tu tak dapat balik kampung pula..harap jangan nangis..

Pagi raya semua masakkan dah siap termasuk Asam pedas ikan siakap
untuk buah hati penggarang jantung saya iaitu Ayah saya..hehehehe
Tersenyum simpul dia bila di hidangkan nasi,lauk asam pedas dan ikan masin..
Lepas siap makan dia pun keluar..
Aku terus mandi siap-siap untuk ke rumah kawan aku..kawan ke???
Ya,boleh lah di kategorikan sebagai kawan walaupun umur dia baru 16 tahun..miahahahaha
Dia jemput ke rumah dia ada makan-makan sikit sambil dia potong kek sempena hari lahir dia..
Tak sedap pula kalau tak hadir kan diri sebab dia rapat dengan aku..
Terima Kasih pada Anak a.k.a Idrus sebab jamu kami dengan macam-macam makanan..
Siap makan je semua kami tak lenggah terus lah balik rumah sebab ada tetamu nak datang beraya..
Tetamu yang pertama datang hehehe..Makcu satu keluarga baru sampai dari Batu Pahat..
Sampai je terus ajak makan dulu..lepas lepak-lepak tengok tv kami ke rumah Mokde pula..
Minum-minum,borak-borak kami pun terus ke kubur menziarah kubur arwah Tok Mok,
arwah Mak,Arwah Tok Abah,seta kubur Moyang-moyang..
Selesai je semua kami ramai-ramai terus serbu rumah Mak Anjang pula
berkumpul di sana sampai lah malam baru semua bersurai..
Sampai rumah je pukul 9 terus mandi sebab dah sakit kepala
Tak lama lepas tu terus lah tertidur......ZzZzZzZzZzZz...


 Ketupat segera je..hehehehe

 Lodeh jawa...

 Ayam tua masak ungkep

 Sambal kacang

 Ayam masak merah dari Mokde

 Asam pedas siakap special for Ayah

 Ikan masin mesti kena ada

 Yang ni bekalan untuk Encik Reza bawa ke kerja

 heheheh Tuan blog posing jap pagi raya

Oh yeah...tetamu pertama aku bergambar 1 family

Thursday, November 3, 2011

Minum petang

Minum petang by anna_fauziana
Minum petang, a photo by anna_fauziana on Flickr.

Balik kerja tadi hujan tapi tak lah lebat,hujan renyai je.
Masa atas motor rasa perut lapar je,mula la fikir nak makan macam-macam..
Belok je simpang nak ke rumah ada jual pisang goreng maka aku singgah lah beli sekejap..Beli RM2 je sebab makan sorang..
Biasa nya kalau balik kerja memang aku beli makanan untuk makan malam tapi hari kena makan biasa-biasa je sebab malam ni Kak Long aku ajak makan malam kat rumah dia..Hehehe..
Sampai rumah je tadi terus jerang air sebab nak buat kopi 0 panas untuk makan bersama pisang goreng yang di beli tadi..
Perut memang tengah lapar makan apa pun sedap..Hehe..Ok,sekarang nak mandi dan bersiap sedia serang rumah Ilham...
Ilham kejap lagi Mommy Ngah datang rumah tumpang makan ye sambil tu kita tumpang tenggok cerita Soffiya..Hehehehehe

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #3


 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver