Followers

Showing posts with label KSR110. Show all posts
Showing posts with label KSR110. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Tak sabar nya.....

Salam semua...
Oh ya aku tak sabar menunggu hujung minggu ni aku nak ride ke Port Dickson
Aku jangkakan hari sabtu ni lepas solat subuh aku akan bertolak ke Melaka dulu
sebab nya aku ada temujanji bersama Doktor Ashok Philip di Mahkota Medical Centre,Melaka.
Kebetulan pula tarikhnya sama dengan program Ride Mandi Pantai bersama geng myksr..

Selalunya perjalanan aku ke Melaka dengan ksr kesayangan aku makan masa 3 jam
aku pun bawa slow je dalam 90km/j..buat apa nak laju-laju bukan nak berlumba..
Aku agak dalam pukul 9pagi sampailah aku di Melaka lepas jumpa Doktor dan ambil ubat
aku terus nak ke Port Dickson..kalau boleh sebelum petang aku nak sampai
sebab sebelah petang selalu nya hujan sekarang ni..
Kali ni aku ride solo dan jumpa geng-geng yang lain di sana dan kami akan
bermalam di Sunshine Bay Resort..
Mungkin geng-geng Selatan akan datang pada keesokan harinya..
jadi balik nanti aku tak sorang lah ya..hehehehe

Alhamdullillah motor aku pun dah beransur sihat setelah dirawat seminggu..
Lama tak ride ni tu yang rasa tak sabar-sabar,hehehehehehe
Tadi sebelum pergi kerja sempat kumpul kan barang-barang sebelum ride.
Apa yang perlu ada helmet full face,Glove,Jacket @Body Armor,knee padding,baju hujan,kasut..
Semua tu dah aku kumpul kan satu tempat jadi bila dah tiba hari nak pergi nanti tak lah
kelam kabut cari semua..cuma sehari sebelum pergi tu baru lah aku servis motor,tukar tayar dan rantai...
Ok..doakan semoga perjalanan aku selamat pergi dan pulang ya...

 Helmet aku...hehehe

 Body Amour 

 Baju hujan mesti kena bawa sebab musim hujan

 Glove ;)

 Knee Padding

 Beg kalis air bukan kalis rindu

 Yang ni sedih sikit sebab dari dulu aku duk pakai
 kasut converse kesayangan aku...
 sampai buruk dah jadinya

Kalau semua dah lengkap tapi ni tak ada memang tak patut...
Motor kesayangan aku

Thursday, October 27, 2011

Apalah nasib aku..

Jam dah menunjukkan pukul 1 tegahari
Dengan muka bangga terus keluar pergi lunch
Ayah dah tunggu dekat warung selalu kami pergi
Sampai je terus makan cepat-cepat sebab
masa selebih nya nak basuh motor aku
dah lama tak basuh dengan tangan sendiri..hehehe

Sekarang nak basuh motor tak payah pergi car wash
sebab dekat stor Ayah dah siap semua kelengkapan
untuk basuh membasuh semua,hehehe(dah jimat duit aku)
Tengah basuh motor tiba-tiba hujan turun dengan lebat
Akhirnya aku pasrah..motor dah berkilat hujan pula turun
Tapi tak apa lah nak buat macam mana
Tunggu hujan berhenti lama juga dekat situ
dah pukul 2 lebih baru hujan berhenti..
Ceh..dengan muka bangga motor sudah berkilat
aku pun balik ke office semula..
Sekali baru tiba traffic light nak menuju ke office
tiba-tiba hujan turun dengan lebat..
Masa tu lampu merah takkan nak langgar je
terpaksa lah berhenti dengan keadaan aku
dah basah kuyup..hahaha..apa la nasib aku..

Sampai office je memang dah basah kuyup
masuk je lah office takkan nak balik pula
baru pukul 2 lbh memang lah office tu
office Ayah ku bukan Ayah mu takkan
nak balik sesuka hati pula kan..
Dulu boleh lah sesuka hati tapi sekarang takut sikit
sejak terkantoi balik kerja 4.30 ptetang..hahahha

Nak selit sikit kisah minggu lepas
Patut nya balik pukul 5 petang tapi hari tu cuaca mendung je
Cepat-cepat kemas nak balik padal baru pukul 4.30 petang
sekali baru tiba pintu pagar office Ayah pun muncul
Tak semena-mena aku kantoi bodoh  dengan Ayah
Dah kantoi aku patah balik masuk office
dengan muka tak bersalah,masa tu kena tahan lah
telingga dengar dia membebel..hehehe
Ayah aku ni memang memang baik orang,tak pemarah
lemah lembut,suka ketawa dan sentiasa senyum
Tapi kalau dia dah marah dia takkan tinggi suara
dia akan tegur dengan nada yang lembut
tapi maksud yang dia bercakap tu mendalam
kadang-kadang boleh buat aku menangis dengan teguran dia
Maklum lah anak nombor 2 dia ni muka je nampak ganas
tapi hati tissue..wakakaka

Tu je lah serba sedikit cerita nya
Aku pun tak tahu apa aku merapu petang-petang ni
Ni menanti saat pukul 5 petang nak balik
dengan keadaan sejuk sambil berkain pelikat (seluar basah kena hujan).


 Motor dah siap berkilat tapi hujan turun


Walau hujan tapi puas hati dapat basuh sendiri


Bukti aku basuh sendiri beb!wakaka  


 Sampai office basah kuyup..


Last,kerja pakai kain pelikat dalam office..

Thursday, October 13, 2011

Mahu pergi servis buah hati :)

Hari ni rasa macam nak kerja separuh hari,
sebab nya aku nak pergi servis motor,nak beli barang motor
serta nak cari keperluan yang lain-lain
sebelum ride ke Gunung Berlumut weekend ni
bersama geng-geng Myksr Southern

Sebelum pergi servis motor plan nya nak
pergi lunch dekat Pizza Hut bersama
kawan baik aku Encik Reza memandangkan dia cuti hari ni
tapi tak tahu la apa yang dirancang ni menjadi ke tak
harap-harap jadi la ya Encik Reza..

Ok la sebelum balik kena la siap-siap kan semua kerja
baru la senang hati kalau nak berjalan..hahahahaha



Ni buah hati aku yang nak di servis
sebelum aku ke Kluang weekend ni


Kawan baik aku Encik Reza



Friday, October 7, 2011

Akhirnya kini pasti =)


Salam...hahahaha macam biskut chips more la pula aku ni"kejap ada kejap tak ada"
Tiba-tiba hari ni aku rasa rindu kat blog aku ni
Macam setahun sekali pula update blog..hehehehehe
Kadang-kadang bila da buka tak ada idea pula nak membebel
Hari ni entah apa mimpi aku tiba-tiba semangat nak update
hehehe...last post aku hari tu pasal aku teringin nak miliki motor jenis KSR110
Alhamdullillah berkat doa dan usaha membodek Encik Ayah aku akhirnya kini pasti aku dah dapat yang aku idamkan
Motor KSR110 mini supersport..motor kecil molek je padan la dengan aku yg rendah ni w
arna merah hitam...suka sangat
Sejak ada motor baru ni asyik berjalan je lah bila hari cuti ada je destinasi aku ke Desaru,Tg Balau,Gunung Berlumut dan macam- macam lagi tempat aku terjah.Bila dah guna motor ni kena la cari kawan-kawan yang sama minat,akhirnya aku pun join myksr ,Alhamdullillah kat sini aku dapat jumpa kawan-kawan yang sama-sama memiliki motor ksr ni,bila da join kenalah ikut mereka konvoi..Pertama kali aku join dieorang ride ke Gunung Ledang..masa mula-mula jumpa tu mengigil juga la rasa sebab tak pernah jumpa sebelum ni..alhamdullillah kawan-kawan myksr semua nya baik-baik..aku senang dengan mereka semua..
Aku tak tahu lah sejak bila aku minat yang mendalam pada dunia motor ni..hehehe
Aku bersyukur sangat sebab Ayah aku tak halang minat aku,malah dia sokong aku..terima kasih Ayah sebab rajin melayan kerenah anak Ayah ni..sayang Ayah ketat-ketat..hehehe Stop sampai sini,lepas ni ada lagi macam-macam cerita akan aku cerita kan pada
entry berikut nya,sebelum tu jom cuci mata tengok gambar kat bawah ni-;


Ni lah buah hati aku ;)

Ni pula tuan nye yang comel..hehehe(perasan!)




Ni pula kawan-kawan aku dalam myksr







Wednesday, February 16, 2011

Bilakah aku akan miliki???




Aduh...dah lama aku mengidam-idam kan motor kat atas ni
Tapi belum ada rezeki lagi nak beli..
Ni tengah sedaya upaya kumpul duit nak beli motor punya pasal..hehehe
Tapi rasa-rasa sampai ke kaki aku naik motor ni ek??hahaha
Tak pe sebelum beli nanti tengok dulu kaki sampai ke tak.
Aku nak beli pun sebab mudahkan aku punya kerja nanti,
Maklum la aku kan selalu kena pantau pekerja dalam kebun
Bila dapat pakai motor ni senang sikit.
Aku update pasal motor ni pun dengan harapan Ayah aku baca blog aku
Mana la tau kan Ayah bermurah hati nak belikan...(jimat duit aku)
Tapi Ayah aku tak la celik IT mana la dia tahu blog-blog ni semua
Jadi macam mana aku nak suruh die tahu????hahahaha
Tak apa lah mudah-mudahan satu hari nanti aku dapat juga milik
Sebuah motorsikal Kawasaki KSR110 ni...Amin...
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver