Followers

Showing posts with label Makan². Show all posts
Showing posts with label Makan². Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Minum petang di rumah Ain

Salam semua...Maaf dah berapa lama menghilangkan diri
Sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan berjalan,masalah pun banyak
dengan motor rosak nya..tapi Alhamdullillah semua dah selesai dan sekarang
dah boleh layan blog..hehehehe..
Rindu pula lama tak bercerita..ok hari ni nak cerita pasal minum petang dekat rumah kawan baik aku
Sebenarnya bulan lepas punya cerita tapi baru nak post..hehehehe

Masa dekat office hujan lebat hari tu,terus sms Ain cakap buat
jemput-jemput ikan bilis dengan teh o balik kerja nanti aku nak datang..
Dia pun cakap ok...habis kerja je terus ke rumah dia
Lama tak jumpa minah ni maklum lah sejak dia dah kahwin dia dah berhijrah ke rumah mertua dia
dekat Kampung Tanjung Kupang,lokasi nya dekat depan rumah aku yang lama..
Cara cakap berhijrah macam lah jauh sangat kan dia pindah padahal sekangkang kera je
rumah mertua dia dari rumah aku sekarang..tapi kalau aku tak pindah dulu memang dekat lah aku
dengan dia..memang tak terpisah..

Ok..balik pada cerita minum petang,sampai-sampai rumah dia je semua dah terhidang atas meja
Wah rajin betul masak walau tengah berbadan dua ye Puan Ain,hehehehe
Teh o dah terhidang 1 jug,asam pedas ikan kembung,tapi ada 1 je benda pelik sebab
masa aku sms tadi aku minta dia buat jemput-jemput tapi yang terhidang macam lempeng
tapi lempeng nya sederhana tak besar sekali pandang macam jemput-jemput..
aku pun tanya lah kat Mak Buyung ni apa benda tu..
Aku: ni apa benda in?
Ain: Kau suruh buat jemput2 tapi aku nak makan lempeng,
       jadi nak adil aku buat lah macam ni...
Aku: kahkahkahkahkah.....

Bijak juga kawan aku sorang ni sebab nak jaga hati kawan dia berlaku adil
dalam membuat jemput-jemput..rasa memang macam jemput-jemput sebab ada bawang ikan bilis
tapi bentuk je lain macam lempeng sebab dia nak makan lempeng..hahahahahaha
kami pun tergelak-gelak sambil bergosip-gosip maklum lah lama tak jumpa
dulu hari-hari asyik berkepit je berdua dah macam belangkas..tu tak apa lagi
disebabkan kami sentiasa berkepit Kak Long aku agak longkang sikit mulut dia
dan mengatakan kami pasangan lesbian..oh kami tidak sama sekali macam tu ye..hihihihi
dulu MANA ADA AIN DISITU ADA ANA..tapi sekarang tak lagi..
semua dah berubah sejak Ain kahwin dengan pilihan hatinya...sob..sob..sob.... :-(
Sedih dah tak ada kawan,bukan maksud dia dah kahwin kami tak berkawan cuma
kami dah tak rapat macam dulu,dia dah ada tanggungjawab..hehehehe
Ain.....best tak kahwin??hahahhaahahaha..nak kahwin juga.... :-( hahahahaha (penyakit gatal dah sampai)
Sekarang dah masuk 6 bulan aku jalani hidup tanpa Ain,sekarang ke mana je pergi sorang-sorang
dulu jangan harap lah kalau nak ke mana-mana dengan Ain..apa semua Ain..
Kat bawah ni aku nak tunjuk jemput2 + lempeng =jempeng versi Ain....

 hehehe jempeng hasil dari Puan Ain

 Terima kasih ye bagi aku melantak

 Ini lah dia sahabat baik aku..Habibi Ya Nurul Ain

Nak selitkan sikit gambar masa dulu-dulu...hehehe

p/s: uhuk2 nantikan next entry cerita pasal kawan baik aku ni..
dan macam mana awal perkenalan kami hingga kami akrab sampai sekarang... :)

Friday, October 28, 2011

Baru jenggah dapur

Sebenarnya nak cerita pasal balik kerja semalam
Sampai rumah dah pukul 5 lebih dalam hujan lebat..
Tapi aku tak lah basah kuyup lagi sebab ada raincoat
Sampai je rumah perut rasa lapar,maklum la hujan-hujan
memang lah perut lapar..
Aku pun terus ke dapur (baru nak pandang dapur..hihihi)
Terus masak nasi,buka peti sejuk ada pula ketam
tengok atas meja ada buah ku ini  dalam otak
fikir nak masak apa,fikir punya fikir dapat lah idea..
Nak masak Ikan asam rebus,Ketam rebus dengan sambal kuini..
Tapi ikan tak ada pula macam mana?
Aku naik atas mandi dulu lepas siap tu
terus ke kedai cari ikan..Alhamdullillah dapat juga ikan
Masa dekat kedai tu boleh pula jumpa Si Jones beli ikan juga..hehehehe

Bila sampai rumah je terus bersilat dekat dapur..
Tapi tak bersilat mana pun sebab bahan-bahan semua dah ada
Walaupun aku ni pemalas tapi stok lada,bawang,kunyit,dan halia semua
yang dah siap kisar dah sedia ada..kalau nak masak senang..hehehe
Itu pun sebab aku tengok Arwah Mak aku buat macam tu dulu-dulu
jadi sekarang aku pun ikut lah apa yang Arwah Mak buat.
Ok sambung cerita lagi,nasi dah pun masak,ketam dah direbus,
Ikan pun dah dimasak sambil tu aku pun tumbuk lah cili
dengan belacan untuk buat sambal kuini..
Dalam 15 minit semua lauk-lauk tu pun siap
Dengan hidung kembang sambil aku tersenyum sendiri
 melihat hasil air tangan aku..hahahaha
Aku pun hidangkan lah makanan tu untuk santapan aku,
Adik aku tak ada maka aku melantak lah sorang-sorang
dengan penuh selera..hehehe
Rasa pun boleh tahan lah..puji diri sendiri la pula
Habis makan je masuk waktu maghrib
Lepas maghrib hujan pun dah berhenti aku pun
terus naik motor ke rumah Kak Long nak tengok
siapa lagi kalau bukan tengok Si Domok pujaan hati tu..


 Ni dia hasil nya :)

 Ikan asam rebus


Ha.....sambal buah ku ini hahahaha

Thursday, October 20, 2011

Sepetang bersama mereka

Petang tadi balik kerja je kawan-kawan ajak keluar makan
dekat Macdonald,kebetulan perut memang tengah lapar
maka aku pun pergi lah bersama mereka-mereka ni..
Alhamdullillah rezeki murah hari ni Idrus belanja..hehehe
terima kasih banyak-banyak ye Idrus..macam tak best pula 
panggil kau dengan nama tu..selalu panggil Anak..tu panggilan 
manja oleh Mak Ayah dia..hahahahaha macam ngeri pun ada....wakakaka

Semalam tengahari pun makan dekat MacD hari-hari MacD
siap la cukup bulan badan pun bertambah-tambah lemak..hehehehe
Tak apa lah yang penting aku happy..hehehehe

Lepas makan-makan tadi sempat pula singgah Jusco Bukit Indah
cuci-cuci mata sikit,tapi sempah juga beli baju sehelai dua..hahaha
bila dah siap semua kami pun balik maklum lah bawa anak-anak orang
lagipun mereka-mereka yang ikut aku tak masih sekolah..
Hahahaha..pelik kan aku dah tua-tua kawan dengan budak sekolah
sebenarnya aku tak memilih kawan..siapa-siapa je aku boleh kawan

Kadang-kadang melayan mereka-meraka ni seronok,lagi-lagi
layan Ila sepupu aku...haha aku memang suka menyakat dia..
Ada je benda yang boleh buat aku menyakat dia..
Rumah aku selalu yang buat riuh diaorang la semua ni
Bila masing-masing sibuk sekolah rasa sunyi je rumah
tambah-tambah pula rumah aku cuma aku dengan adik aku je ada
Ayah pula balik kerja dah malam..tu pun kadang-kadang kami dah tidur.
Jenis aku pula pukul 9 je dah masuk tidur..hehehehe

Ni dah sampai rumah masa untuk mengemas baju-baju
Esok lepas solat jumaat nak ikut Ilham balik kampung 
dekat Senggarang,Batu Pahat..lusa pula
nak ke Melaka rumah Mak Angkat Ummi Ilham
Ok dekat bawah tu ada gambar-gambar mereka-mereka
yang menghibur hati aku petang tadi dengan aksi-aksi yang gila



Anak,Ayu & Dyla Otatah

 
Mengerikan...hahaha
 macam-macam kerenah
wakakakakaka aku gumuk

Friday, October 14, 2011

Makan tengahari bertukar ke makan malam

Macam semalam yang aku cerita yang aku nak pergi
keluar makan tengahari tapi sebenarnya tak jadi...
Akhirnya bertukar pada makan malam..hahaha

Semalam memang aku kerja separuh hari
bila dah balik rumah biasa la golek-golek
dulu atas katil sempat layan facebook dulu
Akhir sekali dah pukul 5 baru bersiap keluar..

Dalam pukul 6 macam tu baru la sampai
dekat Pizza Hut Taman Perling..
Aku pergi berdua dengan si Reza
Kami pergi naik motor hihihihihi

Sampai sana je terus order macam biasa
Pizza hawai masala dengan sweet& spicy chicken wings
Yummmmyyyy sedap................
Aku tak habis pun makan aku suruh si Reza habiskna semua
Dengan muka tak rela dia pun habis kan
Sampai senak perut dia..hahahaha (sian kau Reza kena dera dengan aku)

Habis makan je kami borak-borak sampai lah pukul 8
Tak sedar rupanya kami dah 2 jam dekat situ..hihihihi
Kami pun beredar dan balik rumah masing-masing..

Tapi aku tak balik rumah terus
Aku pergi rumah Kak Long aku
menjenggah si kecik domok tu..
Sampai rumah dia je dia tengah baring sorang-sorang
Ummi dengan Babah dia makan
Bila aku sampai tengok dia je terus la
bising dia dengan bahasa dia sambil tersenggih-senggih
Mungkin dia dah kenal Mummy Ngah dia yang comel ni.. wakakaka

Tak lama tu mula la merengek-rengek
mungkin dia dah mengantuk
Aku pun kemas-kemas terus balik rumah..
Sampai rumah mandi-mandi
Terus la belayar.......ZzZzZzZzZzZz..

Hahahahaha kau tak payah tutup muka
kau yang kena paksa tu Reza


Muka kekenyangan

Friday, April 3, 2009

Makan kat Kaki Bukit

Tadi aku, Kak Long n Abg Nazir makan kat Kaki Bukit..
kat umah lauk dah abis daaaa..
mula² aku jual mahal tak nak ikut..
coz aku dah makan Nasi Goreng Ayam ngan Ila..
makan share sebungkus..
rase mcm tak cukup jek..
tu yg aku ikut dorang keluar jap..hehe


ni air yg kitorg order..
aku minum air apple n mkn nasi putih + tomyam campur..
gambar nasi n tomyam aku Kak Long tak snap..
gambar² ni pun gune camera hp die..

sempat lagi menjeling sementara tunggu makanan smpai..
hehehe..makanan semua not bad la..
semuanya membuatkan aku kenyang..
tu yg penting..


 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver