Followers

Friday, December 9, 2011

Aku nak bercuti

Aku nak bercuti by anna_fauziana
Aku nak bercuti, a photo by anna_fauziana on Flickr.

Salam semua...
Lagi beberapa hari je kita akan melangkah ke tahun baru 2012....
Ok sempena tahun baru ni aku nak pergi bercuti dalam Malaysia...hehe..wah rajin nak berjalan kan,untuk tahun ni 2011 aku dah pergi bercuti di Yogyakarta,Indonesia pada bulan Mac..untuk tahun 2012 aku bercadang untuk ke Pulau Kapas,Terengganu dan Sabah...Insyaallah untuk awal tahun ni aku akan ke Pulau Kapas dulu,mungkin pertengahan tahun 2012 nanti akan ke Sabah pula..

Tak sabar rasa nya nak bercuti,nak tenangkan fikiran..mula nya aku bercadang nak ke Pulau Pangkor atau Pulau Tioman tapi sorang kawan cadang kan aku ke Pulau Kapas..Mungkin aku ada berada di sana 5 hari..cuti pun dah di luluskan oleh Encik Ayah aku..Insyaallah kalau tiada apa-apa halangan mungkin 2/1/2012 aku akan berangkat ke sana..mudah-mudahan aku selamat aku pergi dan pulang..

Kali ni aku memilih bercuti ke Pulau kerana aku minat dengan suasana laut,permandangan yang cantik,dan paling penting sekali aku suka berenang..walaupun aku tak berapa pandai berenang tapi bila aku ke sesuatu tempat mesti aku nak mandi-manda..hehehe..

Lepas balik nanti bersiap sedia kumpul duit untuk ke Sabah..yuhhhhhuuuuuu
Ada sesuatu yang menarik dan agak unik di tempat aku nak pergi di Sabah..nak tau dekat mana??tunggu next entry dari aku... ;)

0 Love KSR:

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver