Followers

Wednesday, December 7, 2011

Terkenang zaman kanak-kanak

gambar sekadar hiasan
Salam semua...
Oh ya sekarang musim cuti sekolah sudah pun bermula..
Bila tiba musim cuti ni terus ingat aku menerpa pada zaman kanak-kanak aku dulu.
apa aktiviti adik-adik yang masih sekolah ni ya?mungkin ada yang pergi bercuti bersama keluarga,mungkin
ada yang gunakan musim cuti ni untuk berkhatan bagi yang lelaki...
Sebut berkhatan je terus senyum sendiri bila ingat kan zaman aku umur 10 tahun dulu..

Dulu masa aku kecil-kecil lagi aku seorang yang lasak,perwatakkan aku pun seperti seorang kanank-kanak lelaki dengan gaya rambut pendek dan suka berseluar pendek..
Cerita nya begini masa 14 tahun yang lepas..Ayah aku merupakan seorang pemandu lori kelapa sawit,bila cuti sekolah aku rajin ikut Ayah hantar kelapa sawit ke kilang..sebelum tu aku kena ambil lori dulu dekat kedai Chop Kim Seng (Kedai Sun Kim)...masa tu tengah duduk sambil tunggu Ayah tiba-tiba ada datang seorang Pakcik yang tak dikenali ni dengan tiba-tiba tepuk bahu aku dan berkata...
Pakcik: Bang..cuti-cuti sekolah ni tak khatan ke?
Aku: hanya tersenyum(tak tahu nak jawab apa)
Ayah:Maaf Encik,anak saya ni perempuan bukan lelaki
Pakcik:Minta maaf banyak-banyak Encik saya tak tahu...
Dan masa tu kami semua terus ketawa,tu lah benda yang aku takkan lupa sampai lah ke hari ini..
Konon-konon dulu aku ni berangan nak jadi lelaki sangat..ambil kau malu muka bila orang tanya macam tu..
Tu lah bila setiap kali cuti sekolah mesti aku terkenang kisah ni sampai la umur aku 24 tahun sekang ni,walaupun cerita tu telah pun berlalu 14 tahun tapi tetap tersenyum sendiri bila kenangkan nya...

Alhamdulillah bila umur masuk ke alam remaja aku pun dah berubah menjadi seorang wanita..hehehehehe
Tapi masih lagi seorang yang lasak dan ganas orang cakap lah bukan aku yang cakap...hehehehehe
Bagi adik-adik yang berkhatan masa cuti sekolah ni selamat berkhatan,bagi yang ada teringin nak jadi lelaki macam aku dulu henti kan lah angan-angan nak jadi macam lelaki bersyukur lah sebab kita ni jadikan seorang wanita... :)

0 Love KSR:

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver