Followers

Tuesday, December 6, 2011

Pergilah perasaan ini jauh-jauh

Petang tadi balik kerja letih sangat
sampai rumah terus naik bilik baring
lagipun perut sakit tak tahu lah kenapa..
Baring-baring sekali tertidur..padahal dah petang tapi bole tertidur..aku memang selalu elak kan tidur waktu petang sebab nya bila aku terjaga bila waktu senja perasaan aku sedih,hati aku sayu...aku memang tak suka perasaan ni bertandang...lagi-lagi bila aku pandang langit..Ya Allah..makin sayu hati aku...aku tak tahu macam mana nak gambarkan...

Yang buat hati aku sedih adalah kerana hari ni juga hari pertama aku berpisah dengan Mr.F kerana dia ditugaskan di negara jiran selama 4 bulan...siapakah Mr.F tu??setakat ni biarlah menjadi rahsia sehingga dia kembali ke tanahair...hehe
Bukan aku nak berahsia tapi aku belum bersedia nak beritahu termasuk kawan baik aku yang asyik meringsa je tanya siapa...hahaha..sorry Ain lepas Mr.F balik Malaysia baru aku bagitau ye...hihihi..

Ok sambung cerita...aku kadang-kadang tertanya-tanya aku sorang je ke ada perasaan sedih bila tidur terjaga waktu senja???ermm macam pelik kan...harap-harap lepas ni aku takkan tertidur lagi waktu petang sebabnya aku tak nak lagi perasaan tu bertandang...masa bangun tadi memang sayu sangat hati lagi-lagi bila terjaga je fikiran terus teringat Mr.F yang jauh dirantau orang..apa yang sedang dia buatkan saat aku teringat dia tadi..huhuhu..rasa jauh sangat dari dia bila dengar lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang...perrgghhh mood jiwang datang pula masa tengah sedih tadi..hahaha..tengah layan lagu sambil berdiri di tingkap bilik tengok langit Ain call suruh datang rumah dia..Alhamdullillah ada juga yang jadi peneman masa sedih ni hilang sekejap rasa sedih yang bertandang tadi..tak lama lepas tu aku pun balik rumah dengan harapan rasa tu akan hilang...

Balik rumah makan dan terus mandi tapi bila dengar lagu hati kembali terkenang si dia..perasaan sedih tu masih bertandang lagi..aduuhhaiiii..tabah lah wahai hati..4 bulan je bukan 4 tahun pun dia pergi..last mesej sebelum dia terbang tadi buat hati sentap sekejap dekat office masa tengah kerja...errmmmmmmmmm

Buat Mr.F yang jauh di perantauan,jaga diri awak ye..ingat janji kita bila awak balik Malaysia kita nak konvoi sama-sama walaupun motor kita berbeza tapi minat kita berdua sama..jangan ingat saya selalu dekat sini sebab bila awak ingat saya,saya pun akan ingat awak juga.. :(

0 Love KSR:

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver