Followers

Thursday, December 29, 2011

Bercuti di Port Dickson

Salam semua..
Lama tak update blog sebenarnya bukan tak ada idea nak update
tapi masa tak mengizinkan..ni ada masa terluang sikit jom kita berceloteh.
Seperti mana yang aku beritahu hari tu aku telah pergi bercuti destininasi pilihan
adalah Port Dickson,Negeri Sembilan bersama seorang kawan aku dan ahli keluarga nya.
Pada hari sabtu 17/12/2011 aku pun terus berangkat ke Putrajaya dengan menaiki bas
sementara kawan aku menunggu di sana..aku sampai sana pukul 12.30 pagi kerana
tiket bas dari Johor pukul 8.45 malam..sampai je terus tidur sebab kepenatan lagipun esok nya
kami akan bertolak ke Port Dickson.

Pada hari ahad pukul 9 pagi je kami terus berangkat ke Port Dickson, sampai di sana lebih kurang
pukul 10 lebih,masa tu belum boleh check in lagi kerana waktu check in pada pukul 2 petang sementara
menunggu pukul 2 petang kami terus mandi-mandi dulu..
Oh ye sebelum terlupa kami memilih Tiara Beach Resort untuk bermalam di sana..tempat boleh dikatakan menarik kerana ada Taman Tema Air so kami tak perlu mandi-mandi di Pantai..hehehehe.
Selesai mandi je kami terus check in,kerana kepenatan aku pun terus tidur sampai lah petang
bangun je terus makan dan turun ke bawah bersiar-siar menaiki basikal yang di sewa dengan harga RM12.00 untuk 30 minit..waktu pun hampir senja maka naik lah ke bilik semula dan bercadang untuk turun ke bawah semula untuk karaoke..salah satu aktiviti yang aku suka..yeahhhhaaaaa
Tiba masa nya untuk karaoke aku pun turun,mula-mula Dj bertugas beritahu karaoke suka-suka aku pun
mengambil keputusan untuk menyumbangkan suara..hahaha..aku memilih lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang untuk di nyanyikan,dan aku mendapat giliran ke 2 untuk bernyanyi,bila tiba giliran aku dengan muka
tak malu aku pun terus lah menyanyi dengan  penuh perasaan..sebab dalam hati tu betul-betul menghayati lagu tu sambil rasa lagu yang aku dendang tu memang khas untuk Mr.F aku....hihihihihi...Ok selesai je karaoke aku mengambil keputusan untuk balik ke bilik kerana badan masih lagi letih...bila dah sampai bilik je mata dah layu sambil terdengar nama pemenang tempat ke 3 karaoke iaitu Anna,,siapa lagi Anna aku lah...hahahaha..tapi aku tak larat nak bangun dah pergi ambil hadiah,lagipun Dj tu cakap karaoke suka-suka aku pun tak sangka lah ada hadiah..tak sangka pula dengan lagu Kasih aku boleh mendapat tempat ke 3..hahaha..macam tak percaya je kan...

Esok nya pukul 12 tengahari kami pun check out dah terus ke Nilai 3 saja berjalan-jalan cuci mata..
Sempat juga beli kan Ilham permainan,walau ke mana je aku berjalan tak pernah lupakan si kecik lu punya ole-ole..hehehehe.Lepas ke Nilai aku terus ke rumah Mak angkat aku di Putrajaya selama 2 hari hingga hari rabu 21/12.2011 baru lah aku balik ke Johor.Terima kasih pada Zimah dan keluarga sebab sudi bercuti bersama aku.Rancangan aku nak bercuti ke Pulau Kapas tahun baru 2012 nanti tapi keadaan ombak besar di sana maka terpaksa di tangguhkan dulu..dan aku juga baru balik dari dari bercuti di Tg.Sedili Kota Tinggi tapi post nya kena tunggu next entri..sekarang kita layan gambar-gambar masa bercuti di Port Dickson ;)

 Aku sedang berangan masa ni baru sampai

 Dah siap salin baju nak terjun ke air

 Kawanku..Zimah dan anak2 buah nya serta abg-abg beliau

 Aku..Sahid dan Haris

Muka comel la konon,hihihihihi
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver