Followers

Monday, October 24, 2011

Hina sangat ke kalau aku gemuk???


Salam semua..
Hari nak cerita pasal aku yang GEMUK
Kenapa dengan tiba-tiba pula entry pasal ni keluar??
Sebab aku bengang sangat-sangat dengan Encik Kurus+Macho ke?? yang hina aku tu..
Aku pun tak lah rapat dengan dia tu tapi kenapa tiba-tiba dia mesti pertikaikan pasal aku?
Serius aku memang sangat-sangat sensitif kalau ada yang mengata aku GEMUK ..
Hina sangat ke kalau aku gemuk?aku minta ke dijadikan gemuk??
Yang buat aku sentap sangat bila dia cakap
"Kalau bawa Anna naik kereta memang slow..paling laju 40,
sampai kampung terus kena tukar tayar baru.."

Wahai Encik Kurus+Macho ke?kalau kau cakap aku macam tu 
dengan niat bergurau pun agak-agak lah ya..Bila kau tulis macam tu
seolah-olah kau mempersendakan aku yang dah sedia GEMUK ni
Kalau kau nak tahu hati orang GEMUK macam aku ni memang sensitif.
Kau mesti ingat aku nak sangat jadi GEMUK kan?hahahaha
Aku jadi macam ni sebab aku ada penyakit hari-hari aku makan ubat
sebab tu badan aku macam ni...lagi satu alasan aku sebab aku GEMUK
kerana Ayah aku bagi aku cukup makan..puas hati kau dengan alasan aku?hahaha

Memang aku selalu berazam nak jadi kurus tapi mungkin belum masa nya lagi
Nanti bila dah kurus lain pula tanggapan orang tak percaya tunggu je lah
Mesti ada pula yang cakap "tu tiba-tiba kurus entah-entah ambil dadah"
tak pun "eh kau kurus ni makan produk kurus apa ya?kongsi lah sikit".
Ye la masa dah kurus suruh kongsi rahsia jadi kurus bila GEMUK tak ada nya
nak tanya itu ini malah kena gelak sampai guling-guling disebabkan keadaan fizikal.

Maaf lah kalau ada siapa-siapa marah pasal entry ni
Bukan niat nak mengaibkan siapa-siapa,aku sedar kekurangan aku
Tapi aku cuma nak kan jawapan je "HINA SANGAT KE KALAU AKU GEMUK??"


3 Love KSR:

Zue_ita said...

SAYA SOKONG AWAK SERATUS PERATUS..ORG LAIN TAHU MENGATA JE...APA KES?

Hernee Nazir said...

no aku share link ni kt wall aku nak x?hahaha

Anna_Fauziana said...

Ita>>sentap btl aku bila org ckp psl gemuk ni..peduli ape kt nk gemuk yg pnting kt x ssh kn org..btl x...

Hernee Nazir>>xpyh..1 ari nti die jmpa gak blog aku yang gemuk ni

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver