Followers

Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Bercuti di Port Dickson

Salam semua..
Lama tak update blog sebenarnya bukan tak ada idea nak update
tapi masa tak mengizinkan..ni ada masa terluang sikit jom kita berceloteh.
Seperti mana yang aku beritahu hari tu aku telah pergi bercuti destininasi pilihan
adalah Port Dickson,Negeri Sembilan bersama seorang kawan aku dan ahli keluarga nya.
Pada hari sabtu 17/12/2011 aku pun terus berangkat ke Putrajaya dengan menaiki bas
sementara kawan aku menunggu di sana..aku sampai sana pukul 12.30 pagi kerana
tiket bas dari Johor pukul 8.45 malam..sampai je terus tidur sebab kepenatan lagipun esok nya
kami akan bertolak ke Port Dickson.

Pada hari ahad pukul 9 pagi je kami terus berangkat ke Port Dickson, sampai di sana lebih kurang
pukul 10 lebih,masa tu belum boleh check in lagi kerana waktu check in pada pukul 2 petang sementara
menunggu pukul 2 petang kami terus mandi-mandi dulu..
Oh ye sebelum terlupa kami memilih Tiara Beach Resort untuk bermalam di sana..tempat boleh dikatakan menarik kerana ada Taman Tema Air so kami tak perlu mandi-mandi di Pantai..hehehehe.
Selesai mandi je kami terus check in,kerana kepenatan aku pun terus tidur sampai lah petang
bangun je terus makan dan turun ke bawah bersiar-siar menaiki basikal yang di sewa dengan harga RM12.00 untuk 30 minit..waktu pun hampir senja maka naik lah ke bilik semula dan bercadang untuk turun ke bawah semula untuk karaoke..salah satu aktiviti yang aku suka..yeahhhhaaaaa
Tiba masa nya untuk karaoke aku pun turun,mula-mula Dj bertugas beritahu karaoke suka-suka aku pun
mengambil keputusan untuk menyumbangkan suara..hahaha..aku memilih lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang untuk di nyanyikan,dan aku mendapat giliran ke 2 untuk bernyanyi,bila tiba giliran aku dengan muka
tak malu aku pun terus lah menyanyi dengan  penuh perasaan..sebab dalam hati tu betul-betul menghayati lagu tu sambil rasa lagu yang aku dendang tu memang khas untuk Mr.F aku....hihihihihi...Ok selesai je karaoke aku mengambil keputusan untuk balik ke bilik kerana badan masih lagi letih...bila dah sampai bilik je mata dah layu sambil terdengar nama pemenang tempat ke 3 karaoke iaitu Anna,,siapa lagi Anna aku lah...hahahaha..tapi aku tak larat nak bangun dah pergi ambil hadiah,lagipun Dj tu cakap karaoke suka-suka aku pun tak sangka lah ada hadiah..tak sangka pula dengan lagu Kasih aku boleh mendapat tempat ke 3..hahaha..macam tak percaya je kan...

Esok nya pukul 12 tengahari kami pun check out dah terus ke Nilai 3 saja berjalan-jalan cuci mata..
Sempat juga beli kan Ilham permainan,walau ke mana je aku berjalan tak pernah lupakan si kecik lu punya ole-ole..hehehehe.Lepas ke Nilai aku terus ke rumah Mak angkat aku di Putrajaya selama 2 hari hingga hari rabu 21/12.2011 baru lah aku balik ke Johor.Terima kasih pada Zimah dan keluarga sebab sudi bercuti bersama aku.Rancangan aku nak bercuti ke Pulau Kapas tahun baru 2012 nanti tapi keadaan ombak besar di sana maka terpaksa di tangguhkan dulu..dan aku juga baru balik dari dari bercuti di Tg.Sedili Kota Tinggi tapi post nya kena tunggu next entri..sekarang kita layan gambar-gambar masa bercuti di Port Dickson ;)

 Aku sedang berangan masa ni baru sampai

 Dah siap salin baju nak terjun ke air

 Kawanku..Zimah dan anak2 buah nya serta abg-abg beliau

 Aku..Sahid dan Haris

Muka comel la konon,hihihihihi

Saturday, October 8, 2011

Gathering with Myksr Ladies Biker @ Port Dickson

Salam..
Wah,makin rajin ya tuan blog ni update sekarang ni..hihihi
Sebenarnya cerita banyak cuma aku ni malas je tu yang sebetul nya
Ok hari ni nak cerita pasal pergi PD hari tu
Mulanya macam ni ada kawan dalam myksr ajak ride ke PD
pada tarikh 10 september hari tu,
plan nya nak ride dan overnight disana sambil tu kami nak support
Kak Kay trainning untuk 116 Desaru International Triathlon 2011,
Macam teruja je bila dengar tu yang aku pun setuju nak join,
kebetulan tarikh tu aku ada appointments dengan
Dr.Ashok dekat Mahkota Medical Centre,Melaka.
Dah terlanjur dekat Melaka maka aku pun terus je ke PD sebab dah tak jauh.
Tapi aku tak ride aku pergi naik kereta bersama Adik aku,plan nak ride dan overnight
pun tak jadi maka kami tukar kepada Gathering dengan myksr ladies sebab yang datang semua perempuan dalam myksr.
Aku sampai PD pun dah petang masa tu dari melaka aku bersama kawan aku Syafinaz
tapi dia ride aku naik kereta
sampai je terus jumpa Yatie,Kak Kay dan Shahila..
Kak Kay pertama kali aku jumpa Yatie dengan Shahila aku dah pernah jumpa
masa ride ke Gunung Ledang bulan 7 hari tu.
Sampai sana terus bbq,masa tu cuma Kak Jay je tak sampai lagi
Lepas bbq terjun laut sebab teringin sangat nak naik banana boat,
hahahahhahaha macam budak-budak pula aku ni,
Lepas mandi semua baru la Kak Jay sampai,seronok dapat jumpa dia yang ramah dan mesra,
Selain tu kami bertukar-tukar pendapat serta
bersembang macam-macam pasal motor sebab masing-masing
memiliki motor dan minat yang sama..
Sembang punya sembang jam pun dah menunjukkan pukul 8
Maka kami pun mula bersiap-siap untuk berangkat pulang,
Malam tu aku bermalam dekat Melaka sebab adik aku nak
jalan-jalan kat melaka malam tu,Syafinaz pula terus ke KL sebab esoknya
dia join myksr ride ke panorama,Kak Jay pula ke Seremban
Yang bermalam di PD cuma Kak Kay 1 family,Yatie Dan Shaila.
Apa-apa pun memang seronok dapat jumpa semua,dekat bawah ni
ada sedikit sebanyak gambar-gambar masa dekat PD...




Sampai sana je kami terus bbq


Tudia..sempat lagi posing sambil
kipas...hehehe


Yatie,Aku,Kak Kay dan Shahila


Sahabat karib aku yang baru kenal dalam myksr
Syafinaz dari Melaka


Akhirnya dapat juga aku naik banana boat
dari dulu teringin sangat nak naik..hihihi



Bersama Kak Jay orang lama dalam myksr..hehehe
Beliau sangat ramah dan mesra walaupun baru pertama kali jumpa


Gambar kenangan sebelum kami pulang,
harap-harap lepas ni kita dapat jumpa lagi,
seronok sangat dapat jumpa Akak-akak semua,
terima kasih juga sebab sedikit sebanyak bagi nasihat
pada saya yang masih baru lagi dalam myksr



 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver