Followers

Sunday, December 4, 2011

Sup Gear Box Cik Anna ;)

Salam semua selamat berhujung minggu
Apa aktiviti hujung minggu ni ya?
Hari tu aku ada cakap nak ride ke PD pada hujung minggu ni kan?
Tapi aku batal kan hasrat aku tu sebab aku demam..
Biasa la sekarangkan musim hujan,musim demam..
Tapi kalau tak ride ke mana pula aku?
Ya..aku cuma duduk di rumah je...

Bila dah duduk rumah mula la pasang angan-angan nak masak
Bila difikirkan demam-demam ni makan sup sedap..
Maka dengan ini tercetus la idea nak masak Sup Gear Box...
Wah menarik kan menu aku tu..
Pagi-pagi je dah minta tolong Adik aku untuk ke pasar beli bahan-bahan untuk memasak
Aku dekat rumah search dekat internet resepi Sup Gear Box..hehehehehe
Maklumlah baru pertama kali masak so kena lah cari resepi dulu...
Cari punya cari aku terjumpa resepi dekat siniPak Ngah-Farit Ismeth Emir...
Dalam banyak-banyak resepi aku berkenan sangat nak cuba dari dia sebab nya
bahan-bahan yang dia gunakan bukan bahan segera yang di jual dekat kedai..
Selalu nya nak masak sup mesti beli rempah sup dekat kedai je
kali ni masak tak guna rempah segera pun aku ikut semua resepi dari tu...

Ok sekarang aku kongsi sedikit bahan-bahan dan juga cara-cara nak masak
Sup Gear Box Cik Anna resepi dari Pak Ngah :)

Bahan-bahannya:
1kg gear box
1/2kg daging
10-15biji bawang kecil
5-7biji bawang putih
4-6cm halia
50-100g jintan kasar
50-100g jintan halus
50g ketumbar
2-3 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
7-10biji cengkih
5-7 kuntum bunga lawang
10-20 biji lada hitam
Daun sup(jangan potong terlalu halus)
Bawang goreng
Cili Padi + Bawang Putih 10biji (untuk sambal kicap)
Kicap manis
Garam

Cara memasak Sup:
1.Rebus tulang dan daging yang dipotong halus serta masukkan lada
hitam 


2.Kisar jintan manis,jintan kasar,ketumbar,bawang kecil,bawang putih dan halia


3.Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis,buah pelaga,bunga lawang,cengkih
hingga wangi


4.Masukkan bahan yang dikisar dan tunggu hingga garing dan bau naik


5.Masukkan bahan tumis ke dalam periuk sup

Cara membuat Sambal Kicap:
1.Panaskan minyak

2.Masukkan bawang putih dan cili padi (goreng untuk elak sakit perut)

3.Bila sudah layu angkat dan tos kan

4.Kisar kan semua bersama kicap manis




 Masa masak tadi siap bawa buku kat dapur
nak tengok resepi...hehehe

 Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis

 Gear box dan daging..

 Daun sup layu ditasik madu..wakaka

 Bawang putih,cili padi dan kicap untuk sambal kicap

 Gear box dan daging direbus bersama lada hitam sehingga empuk

 Bahan-bahan sedang di tumis hingga gating dan naik bau

 Bawang putih dan cili padi digoreng untuk
 mengelakkan sakit perut (petua arwah Mak ni)

 Hasil sambal kicap aku ;)

 Taraaaaaa......Sup Gear Box Cik Anna sudah siap dihidangkan

Bila dah siap mari kita makan sambil minum air limau ais

Alhamdullillah menjadi juga Sup Gear Box Cik Anna hari ni ye...
Bangga betul aku bila dah berjaya menjadi..
Siapa-siapa yang berminat boleh lah mencuba
Untuk pengetahuan semua bila aku kira-kira kos untuk masak ni semua
aku cuma mengeluarkan RM20.00 je untuk hasil kan semua.
Bila nak dibandingkan makan di kedai mungkin lebih kos nya dari masak dirumah kalau
untuk makan beberapa orang,jika kita masak dirumah sebenarnya sangat puas hati dan kenyang
sebab banyak kita dapat lagi satu sebab yang sangat aku suka bila masak dan makan dirumah
kita boleh kokang tulang tu kalau kat kedai malu-malu nak kokang kononya...wakakakaka
Adik aku cakap sedap sup aku masak ni..entah lah nak sedap kan hati kot?hahaha
Ok sekarang nak buat bubur kacang durian sebab tadi ada beli durian...ngeee~~~~~
Selamat Mencuba!!!!

p/s: pssssssstttttt....tadi aku masak agak termasin..orang tua2 cakap kalau masak masin
tandanya nak kahwin...yeehhhhhhhhhaaaaaaaaa....  penyakit gatal dah sampai ;)

1 Love KSR:

combiemohtar said...

nampak macam sedap jek. tp aku x makan daging dan seangkatan dengan nya la.heee. tp mesti ko masak sedap kan :)

 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesNews MagazineFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver